awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Sungai Buloh mohon bantuan kesan waris pesakit

Bernama
Bernama
12/09/2025
22:30 MYT
Hospital Sungai Buloh mohon bantuan kesan waris pesakit
Pihak Hospital Sungai Buloh memohon kepada ahli keluarga, kenalan atau orang ramai yang mengenali Muhammad Aiman (gambar) atau warisnya, supaya tampil membantu. - Foto Hospital Sungai Buloh
KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh meminta bantuan mengesan waris kepada seorang tahanan penjara iaitu Muhammad Aiman Abdullah @ Phiong Joon Khiong, yang meninggal dunia di hospital itu pada 25 Mac.
Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan memaklumkan, alamat terakhir pesakit lelaki berusia 40 tahun itu ialah di Kampung Sebuku, Bau, 94000, Sarawak.
"Beberapa usaha telah dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi menghubungi waris lelaki itu termasuk ibu bapa dan adik-beradiknya, namun tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.
"Sehubungan itu, pihak hospital memohon kepada ahli keluarga, kenalan atau orang ramai yang mengenali si mati atau warisnya, supaya tampil membantu," menurut kenyataan itu.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi 03-6145 4333 sambungan 3100, atau hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sungai Buloh
#waris pesakit
#pesakit meninggal dunia
#tahanan penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan