[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
NATIONAL

Hospital Taiping kesan waris dua mayat lelaki tidak dituntut

Bernama 29/03/2025 | 14:00 MYT
Dr Khuzaini Abd Karim berkata lelaki pertama, Abdul Rahim Abdullah disahkan meninggal dunia pada 19 Mac lepas dan lelaki kedua pula, Lim Thiam Leong meninggal dunia pada 21 Mac lepas - Gambar fail
IPOH: Hospital Taiping sedang mengesan waris dua lelaki tempatan yang meninggal dunia baru-baru ini dan mayat mereka masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Taiping Dr Khuzaini Abd Karim berkata lelaki pertama, Abdul Rahim Abdullah, 85, disahkan meninggal dunia pada 19 Mac lepas dan alamat terakhir di No 159A, Kampung Baru Sempadan, Jalan Keretapi Kampung Larut Tin di Taiping.

Dr Khuzaini berkata lelaki kedua pula, Lim Thiam Leong, 46, meninggal dunia pada 21 Mac lepas dan alamat terakhir di PT 2094, RPT Kampung Benggali, Lawan Kuda Lama, Jalan Simpang di Taiping.

"Sehubungan itu, pihak waris atau individu yang mengenali si mati dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping atau menghubungi 05- 8204000 (sambungan 8045) bagi urusan tuntutan serta maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


#meninggal dunia #alamat terakhir #Jabatan Perubatan Forensik #lelaki tempatan