awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel - Anthony Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Taiping perlukan bekalan darah

Bernama
Bernama
28/06/2016
13:13 MYT
Hospital Taiping perlukan bekalan darah
Pihak hospital memerlukan antara 600 hingga 700 pek darah bagi simpanan dalam sebulan. - Gambar fail
Orang ramai diminta menderma darah untuk tabung darah Hospital Taiping bagi memastikan bekalannya mencukupi terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri minggu hadapan.
Pegawai perubatan di unit berkenaan Dr Sallehuddin Zabri berkata bekalan untuk keperluan semasa sekarang masih mencukupi tetapi pihaknya perlu membuat persediaan bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan pada musim cuti nanti.
"Dalam bulan Ramadan ini kekurangan penderma darah dalam kalangan umat Islam amat ketara berbanding dengan penderma kaum lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya memerlukan antara 600 hingga 700 pek darah bagi simpanan dalam sebulan.
"Pihak hospital menggunakan kira-kira 10 pek darah setiap sehari," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengadakan kempen derma darah dari semasa ke semasa bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk mengisi tabung darah di hospital itu.
Topic Berkaitan
#Orang ramai diminta menderma darah untuk tabung darah Hospital Taiping bagi memastikan bekalannya mencukupi terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri minggu hadapan
#Sallehuddin Zabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan