PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan sebuah hotel lima bintang di ibu negara bertanggungjawab atas kematian seorang warga China di kolam renangnya, tujuh tahun lalu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Supang Lian, Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan masing-masing oleh si ibu, Qi Qiaoxian dan si bapa, Wang Bin, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi menolak saman dan rayuan mereka.
Anak pasangan itu, Qi Xiangqing, seorang guru bahasa dari wilayah Yunnan, China berusia 22 tahun, memasuki Malaysia sebagai pelancong dan menginap di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur.
Qi ditemui mati lemas pada 14 Feb 2017.
Dalam alasan penghakimannya bertarikh 2 April, Hakim Wong memerintahkan pihak hotel membayar ganti rugi, termasuk RM5,887 untuk perbelanjaan perjalanan, RM53,496 untuk perbelanjaan pengebumian, RM280,000 untuk kehilangan sokongan dan RM80 untuk laporan perubatan si mati.
Beliau juga memerintahkan supaya faedah lima peratus setahun dikenakan ke atas pemberian ganti rugi dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh award serta kos RM25,000.
Alasan penghakiman telah disiarkan di laman web badan kehakiman itu minggu lepas.
Ibu bapa mangsa mengemukakan saman terhadap hotel berkenaan dengan menuntut ganti rugi atas kematian anak mereka dan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut masing-masing pada 2021 dan 2022.
Mahkamah Rayuan menyampaikan penghakiman lisan pada Februari lepas.
Hakim Wong berkata hotel itu melanggar kewajipan penjagaannya yang menyebabkan kematian mangsa.
Beliau berkata Mahkamah Rayuan berpendapat hotel itu mengaku cuai kerana pengurus besarnya, Michael Monks, telah mencadangkan penyelesaian.
Beliau turut berkata ibu bapa si mati, selaku plaintif, mempunyai hak dari segi undang-undang untuk memfailkan tindakan itu wakaupun terdapat bantahan oleh defendan (hotel).
Wong berkata kolam renang itu sedalam tiga meter dan mana-mana pengendali hotel lima bintang yang munasabah sepatutnya memastikan anggota penyelamat bertauliah bertugas apabila kolam itu dibuka kepada tetamu hotel, termasuk si mati.
Katanya pada masa kejadian, seorang pekerja defendan juga sepatutnya memantau kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kolam berkenaan.
Pihak plaintif di wakili peguam Loh Chang Woo, Lim Shin Yee dan Norizul Naufal Dzulkarnain manakala defendan oleh peguam Gan Khong Aik dan Gwee Xi Wen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024

Hakim Wong berkata hotel itu melanggar kewajipan penjagaannya yang menyebabkan kematian mangsa. - Gambar fail

PM Anwar ke Rusia 13 Mei, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Kereta api berkelajuan tinggi Whoosh mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, mencerminkan peranannya sebagai pilihan mobiliti yang pantas dan moden.

Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal bukan pemilik kenderaan
Polis masih menjalankan proses sambung reman ke atas suspek dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
MBPP minta orang ramai jangan beri makan burung
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan kompaun terhadap lima individu bulan lalu kerana memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam.
Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Sabtu.
Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas disambung hari ini
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil. Operasi pencarian diteruskan dengan bantuan penduduk kampung, polis, dan Pasukan Penyelamat Di Air.
Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, kerukunan dan kedamaian – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk menyemarakkan nilai karamah insaniah dan menghormati kepelbagaian budaya sempena Hari Wesak.

Aktiviti perniagaan haram isu global, bukan masalah pengecualian visa - Tiong
Pengecualian visa telah memberikan sumbangan yang ketara terhadap pemulihan ekonomi, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Ketibaan pelancong dari China ke Malaysia meningkat 130.9 peratus pada 2024
Peningkatan itu didorong kesinambungan dasar bebas visa untuk warga China sehingga Disember 2026 dan peningkatan kesalinghubungan udara.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun
Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.

Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara
Tiga lelaki warga China dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri dengan cara menyeluk saku di KLIA.

Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.

Polis buru suspek utama kes culik warga China
Polis sedang memburu suspek utama disyaki terbabit dalam kes culik lelaki warga China berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Mex pada 18 Oktober lalu.

Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China
Warga China mudah untuk menyesuaikan diri dan merasa seperti di tempat mereka sendiri semasa lawatan mereka.