awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotel perlu mohon semula kebenaran beroperasi melalui sistem MITI

Bernama
Bernama
05/06/2021
15:22 MYT
Hotel perlu mohon semula kebenaran beroperasi melalui sistem MITI
Surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan sebelum ini oleh MOTAC hanya sah sehingga tengah malam ini iaitu sebelum 12 tengah malam (5 Jun).
KUALA LUMPUR: Surat kebenaran beroperasi bagi premis penginapan perhotelan yang dibenarkan, perlu dimohon melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula esok hingga 14 Jun.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan memaklumkan semua permohonan berkaitan sektor perhotelan untuk tujuan kuarantin, pengasingan dan pekerjaan bagi perkhidmatan perlu akan diproses dan diluluskan oleh kementerian itu melalui platform CIMS 3.0.
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.
"Setiap permohonan juga perlu kemukakan salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini dan lesen perniagaan premis penginapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih sah.
"Surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan sebelum ini oleh MOTAC hanya sah sehingga tengah malam ini iaitu sebelum 12 tengah malam (5 Jun) dan selepas itu, mulai esok (6 Jun) semua kebenaran pergerakan akan menggunakan surat kebenaran daripada MITI sahaja," jelas kenyataan itu.
Kementerian itu memberitahu semua pengendali hotel yang berkenaan perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi melalui pautan notification.miti.gov.my.
Menurut kenyataan itu, dengan perkembangan terbaru itu, pergerakan pekerja bagi sektor perhotelan yang dibenarkan hanya boleh menggunakan Surat CIMS 3.0 dan surat pengesahan lantikan daripada majikan atau pas pekerja.
"Pihak MOTAC sentiasa komited dalam membantu melancarkan proses kebenaran beroperasi bagi sektor perhotelan yang dibenarkan tetapi dalam masa sama perlu akur dengan keputusan kerajaan untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19," menurut kenyataan itu.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung surat kebenaran pergerakan bagi sektor perhotelan, pemohon boleh mengemukakan e-mel melalui [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhotelan
#MITI
#pelancongan
#COVID-19
#Majlis Keselamatan Negara
#surat kebenaran
#perkhidmatan perlu
#surat CIMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan