Hotel terkemuka di Langkawi ditutup sementara selepas 59 pekerja positif COVID-19

Abd Hadi Che Awang
Oktober 4, 2021 10:46 MYT
Kesemua kes jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja. - Gambar fail BERNAMA
LANGKAWI: Sebuah hotel terkemuka di pulau peranginan Langkawi menghentikan sementara operasi selepas 59 pekerjanya disahkan positif COVID-19 setakat hari ini (Isnin).
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, kesemua kes jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.
Katanya, sehingga hari ini, seramai 249 individu telah disaring dengan 59 daripada mereka disahkan positif, 192 individu negatif dan tiga lagi individu masih menunggu keputusan saringan.
Beliau memaklumkan, kluster berkenaan melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga.
Tambah Dr Othman, siasatan awal yang dijalankan pihak JKN Kedah mendapati, penularan jangkitan disyaki adalah dari komuniti yang kemudiannya merebak di tempat kerja.
Semua kontak rapat juga telah dikenal pasti serta telah melakukan ujian saringan COVID-19 dan diberi arahan menjalani Home Surveillance Order (HSO) selama 10 hari.
Sehingga kini, JKN Kedah mengesahkan bahawa penularan jangkitan COVID-19 adalah terkawal.
#COVID-19 #hotel langkawi tutup #kakitangan positif COVID-19 #pulau langkawi