"Hotel tidak cukup" - PM jawab Sidang Kemuncak ASEAN tidak diadakan di Putrajaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun Putrajaya mempunyai fasiliti seperti dewan yang memuaskan, namun kapasiti penginapan masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan delegasi luar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kekurangan aspek logistik dan kemudahan penginapan menjadi faktor utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tidak berlangsung di Putrajaya.
Ringkasan AI
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tidak diadakan di Putrajaya kerana kekurangan aspek logistik dan kemudahan penginapan, meskipun fasiliti dewan adalah memuaskan.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa hotel di Putrajaya tidak mencukupi untuk menampung keperluan delegasi luar, termasuk negara seperti China dan Amerika Syarikat yang memerlukan keseluruhan hotel untuk rombongan mereka.
- Sidang kemuncak diadakan di Kuala Lumpur berdasarkan pengalaman penganjuran ASEAN-GCC sebelum ini, dan Anwar yakin persiapan rapi oleh agensi kerajaan akan memastikan kelancaran acara serta merakamkan penghargaan kepada semua petugas terlibat.
“Atas sebab itu ia diadakan di Kuala Lumpur, dan berdasarkan pengalaman kita melalui ASEAN-GCC yang diadakan sebelum ini, saya rasa kita mampu dan berupaya melakukan sebaiknya,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beberapa pihak sebelum ini turut mempersoalkan keputusan kerajaan menganjurkan sidang antarabangsa itu di Kuala Lumpur, yang mengakibatkan kelancaran trafik terjejas.
Dalam pada itu, Anwar yakin Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung dengan lancar hasil persiapan rapi pelbagai agensi kerajaan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas dan kementerian terlibat atas komitmen memastikan penganjuran kali ini dapat berjalan dengan lancar.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami