awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotel ubah cara perniagaan elak pembuangan pekerja

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/02/2021
23:39 MYT
Hotel ubah cara perniagaan elak pembuangan pekerja
Menurut Raja Rusmin, pihaknya membuka gerai menjual pelbagai menu makanan setiap hari secara pandu lalu. - Astro AWANI
KOTA BHARU:Sebahagian hotel tiga dan empat bintang di Kelantan mengubah cara perniagaan mereka dan berhempas pulas untuk meneruskan perniagaan untuk mengelakkan berlaku pembuangan pekerja.
Menyedari waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada tempahan bilik dan acara, memaksa mereka membuka gerai di hadapan hotel bagi menjual pelbagai makanan dengan harga murah.
Hotel bertaraf empat bintang, Grand Renai misalnya, turut berbuat demikian.
“Kami di Hotel Grand Renai melakukan inisiatif Jom Beli ini bagi memastikan kesinambungan perniagaan.
“Sepanjang pelaksanaan PKP ini, bahkan sebelum itu lagi, penjualan kami merosot dari 70 hingga 90 peratus. Jadi kami lakukan aktiviti ini bagi menambah pendapatan hotel,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Grand Renai, Raja Rusmin Raja Mahmud.
Menurut Raja Rusmin lagi, pihaknya membuka gerai menjual pelbagai menu makanan setiap hari secara pandu lalu.
Harga makanan pula dijual dengan harga serendah RM3 hingga RM20 ringgit yang mampu dibeli semua pelanggan.
Inisiatif ini dilakukan bagi meneruskan perniagaan dan mengelakan berlaku penutupan perniagaan dalam tempoh PKP ini.
Topic Berkaitan
#PKP
#COVID-19
#Kelantan
#hotel
#gerai
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan