awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026

HPPNK 2021 akan diadakan secara hibrid dengan SOP ketat

Bernama
Bernama
12/12/2021
21:45 MYT
HPPNK 2021 akan diadakan secara hibrid dengan SOP ketat
Ronald berkata HPPNK 2021 akan mengetengahkan teknologi-teknologi baru dalam sektor hidro makanan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021 akan diadakan secara hibrid bermula 21 hingga 23 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata HPPNK 2021 akan mengetengahkan teknologi-teknologi baru dalam sektor hidro makanan.
"HPPNK 2021 akan mengehadkan jumlah pengunjung secara fizikal ke WTCKL bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya kepada pemberita di reruai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.
Beliau berkata 13 agensi kerajaan dan sektor swasta serta usahawan daripada sektor hidromakanan akan memeriahkan program dwitahunan tersebut.
Sebelum ini, HPPNK 2019 mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung tempatan dan Singapura sepanjang empat hari penganjurannya di Angsana Johor Bahru Mall, Johor bermula 28 Nov.
Sementara itu, mengulas mengenai sambutan orang ramai terhadap jualan MAFI, Ronald berkata jualan produk "Phewiiit!" yang berkolaborasi bersama selebriti terkenal Amy Search adalah yang paling laris sepanjang empat hari penganjuran.
Menurutnya, produk berkenaan yang mengetengahkan kopi dan nanas itu mendapat bimbingan daripada usahawan MAFI sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan
#HPPNK
#Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.