MALAYSIA
HPPNK 2025: Simbolik penghargaan sektor pertanian negara

HPPNK 2025 bakal menggegarkan Sabah pada 1 hingga 3 Ogos ini pada waktu yang tertera. - Foto KPKM
PUTRAJAYA: “Kudrat Kami Menjamin Pertiwi” merupakan tema yang diangkat untuk Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) edisi 2025 yang bakal diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah bermula 1 hingga 3 Ogos ini.
Ringkasan AI
- "Kudrat Kami Menjamin Pertiwi" merupakan tema yang diangkat untuk Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) edisi 2025 yang bakal diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah bermula 1 hingga 3 Ogos ini.Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak berkata, tema sambutan berkenaan merupakan satu penghargaan kepada sektor pertanian negara.Menurut Isham, KPKM turut menekankan konsep sesuai dengan gaya baharu yang mengutamakan keterjaminan bekalan makanan negara selain mengutamakan golongan muda selaku pelapis baharu.
Katanya, pelaksanaan HPPNK 2025 ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sektor pertanian boleh menjana pendapatan lumayan sekaligus mengikis pandangan negatif terhadap sektor pertanian 3D (Dirty, Dangerous & Difficult).
“Penganjuran kali ini sangat istimewa kerana HPPNK menyambut Jubli Emas ke 50 tahun. Acara ini amat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia saban tahun, dengan gaya penganjuran lebih berprestij bagi sambutan di Negeri dibawah Bayu selepas kali terakhir penganjuran di Sabah iaitu pada 1995.
“Objektif HPPNK ni sebenarnya ialah untuk kita memupuk semangat untuk kita perbaharui azam peladang-peladang yang selama ni telah menghadapi pelbagai cabaran seperti covid, climate change (perubahan iklim), perubahan cuaca, cabaran daripada segi kemusnahan tanaman mereka akibat banjir ataupun kemarau. Tetapi akibat daripada tekad dan semangat mereka yang kuat, kita ingin menghargai jasa mereka dalam sektor pertanian negara.
“Kita ada beberapa komponen utama, pertama sekali ialah mengenai Agro Millenia kerana kita dapati petani-petani dalam negara pada masa ini agak berumur dengan rata-rata berusia 60 ke 63 tahun jadi bidang ini memerlukan juga orang muda untuk memastikan ada kesinambungan daripada segi aktiviti-aktiviti pertanian,” jelasnya dalam temubual khas bersama media di Wisma Tani, di sini, pada Isnin.
Pengunjung boleh menikmati pengisian aktiviti dan pengalaman pertanian di semua peringkat dan ruang lokasi di SICC yang mengetengahkan 4 fokus "Best 50@ 50" "SHOW CASE: THE BEST OF 50 IN AGRICULTURE SECTOR.”

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di HPPNK 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah. - Foto KPKM
Empat sorotan utama di HPPNK 2025 seperti berikut:
a. Agro Millenia berkonsep keyakinan bagi golongan muda/belia;
b. Cukup & Terjamin berkonsep daya cipta dalam agroteklogi dan inovasi;
c. Sejahtera MADANI berkonsep kemampanan, hormat dan
Sejahtera; dan
d. Jualan & Keusahawanan berkonsep sejahtera dan ehsan yang menonjolkan signature KPKM iaitu Jualan Agro MADANI.
“Pelbagai daya tarikan keterjaminan makanan akan dimeriahkan lagi menerusi penganjuran Jualan Agro MADANI Mega berkonsepkan Makanan Malaysia MADANI dengan 500 Aneka Menu Makanan Malaysia & Makanan Viral Negeri di Bawah Bayu serta Makanan.
“Manakala Jualan Agro MADANI pula menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian hingga 10 ke 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
“HPPNK pada kali ini turut memberi penekanan terhadap pengurusan sisa menerusi penghasilan by-product seperti kertas dan benang daripada serat nanas, demo pengurusan sisa dapur bagi penghasilan kompos daripada sisa tanaman serta impak perubahan iklim terhadap sektor pertanian,” tambahnya.
Antara tarikan lain ialah teknologi dan inovasi HPPNK di mana pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian secara praktikal seperti simulasi combine harvester yang memberi ruang dan peluang untuk merasai suasana sebenar mengendalikan jentuai padi semasa proses penuaian di lapangan, melihat dengan lebih dekat baka ternakan seperti lembu hibrid terbaik, baka kambing dan ayam saga dan kuda poni.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) bersama-sama dengan Datuk Seri Isham Ishak (kiri) Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika di Majlis Pra Pelancaran Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya pada 12 Jun lalu. - Foto KPKM
Inisiatif selama tiga hari itu juga mendapat kerjasama rakan-rakan strategik penganjuran yang terdiri pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Kerajaan Negeri Sabah, pihak Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang berkepentingan dalam sektor agro makanan negara.
Jangan lupa datang beramai-ramai ke Sambutan HPPNK 2025 dan nikmati pelbagai aktiviti menarik serta pengisian bermanfaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami