KOTA BHARU: Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan mengadakan pertemuan hari ini dengan waris keluarga yang mendakwa berlaku kecuaian ketika mendapatkan rawatan di hospital itu sehingga menyebabkan kematian kepada bayi berusia dua bulan, Jumaat lepas.
Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata pihaknya telah mengadakan siasatan melibatkan pakar perubatan, doktor serta jururawat yang bertanggungjawab dalam merawat bayi berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak dapat mendedahkan hasil siasatan yang diperoleh ketika ini dan hanya akan memaklumkan perkara itu kepada waris mangsa ketika pertemuan yang diadakan nanti.
"Sebaik sahaja isu ini dibangkitkan sehingga tular di media sosial kita telah mengarahkan mereka yang terlibat termasuk doktor pakar, doktor, jururawat serta jawatankuasa yang terlibat untuk meneliti perkara ini.
"Kita akan menjelaskan secara rasional mengenai setiap tindakan yang dilakukan terhadap bayi berkenaan ketika mendapatkan rawatan di hospital ini dan waris juga boleh bertanya segala persoalan kepada pihak hospital ketika pertemuan itu diadakan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Terdahulu, tular satu video menerusi Facebook milik 'Ola Ola' yang mendakwa bayinya berusia dua bulan meninggal dunia akibat kecuaian doktor di HRPZ II ketika memberikan rawatan.
Menerusi video yang meraih tontonan melebihi 60,000 itu juga, beliau mendakwa anaknya dipaksa berpuasa selama lima hari selain turut diberikan susu yang telah tamat tempoh dan diberikan ubat tidur tanpa keizinannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
HRPZ II telah mengadakan siasatan melibatkan pakar perubatan, doktor serta jururawat yang bertanggungjawab dalam merawat bayi berkenaan.- Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Gangguan air di HRPZII tidak kritikal
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan gangguan air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini tidak kritikal.
Lelaki dijumpai tidak sedarkan diri dalam longkang, dipercayai akibat dipukul
Mangsa adalah seorang duda yang berasal dari Tawang, Bachok dan mempunyai tiga anak.
HRPZ II adakan pertemuan dengan keluarga bayi meninggal dipercayai kecuaian hospital
Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan mengadakan pertemuan hari ini dengan waris keluarga yang mendakwa berlaku kecuaian ketika mendapatkan rawatan di hospital itu.
Kesedaran mengenai penyakit kanser belum capai maksimum - Pengarah HRPZ II
Usaha membina kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit berbahaya perlu digerakkan lebih aktif lagi oleh KKM dan NGO.
Tahanan ditemui mati dalam lokap
Suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang.
Kematian OKT di HRPZ II diklasifikasikan sebagai SDR - Shafien
Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
40 ibu hamil positif COVID-19 sedang dirawat di HRPZ II - Pengarah
Seramai 40 ibu hamil yang positif COVID-19 kategori dua hingga tiga kini dirawat di dua wad khas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan bertukar.
Gelandangan dalam tahanan polis meninggal dunia di HRPZ II
Mengikut laporan bedah siasat, lelaki itu meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan tiada kecederaan luaran.
Lelaki amuk di klinik Pengkalan Kubor bukan sebab vaksin - Pengarah JKNK
Video yang tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang dikatakan mengamuk berkaitan vaksin di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor sejak Selasa lepas adalah video yang dirakam tahun lepas.