MALAYSIA
HSIS cipta sejarah, berjaya laksana implantasi LVAD canggih - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly bercakap pada sidang media sempena kejayaan menjalankan Prosedur Implantasi Pertama Peranti Bantuan Ventrikel Kiri atau Left Ventricular Assist Device (LVAD) di HSIS di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI
SERDANG: Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang menerusi pusat jantung hospital berkenaan mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya berjaya melaksanakan implantasi Peranti Bantuan Ventrikel Kiri atau Left Ventricular Assist Device (LVAD).
Ringkasan AI
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prosedur itu berjaya dilakukan ke atas pesakit berusia 57 tahun pada Rabu lalu dan kini pesakit berkenaan difahamkan berada dalam keadaan stabil.
“Kejayaan ini membuktikan keupayaan sistem kesihatan awam negara menyediakan rawatan jantung bertaraf dunia tanpa mengira latar belakang.
“Pesakit menerima implantasi peranti HeartMate 3, iaitu antara peranti LVAD paling canggih di dunia yang berfungsi sebagai pam mekanikal bagi membantu ventrikel kiri jantung mengepam darah ke seluruh badan.
“Pencapaian ini sekali gus menjadi penanda aras baharu dalam rawatan kegagalan jantung peringkat lanjut di hospital kerajaan dan sekali gus membuka mata dunia terhadap kecanggihan perubatan di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena kejayaan menjalankan Prosedur Implantasi Pertama Peranti Bantuan Ventrikel Kiri atau Left Ventricular Assist Device (LVAD) di HSIS di sini pada Rabu.
Menurut Dzulkefly, pesakit berkenaan menerima implantasi peranti HeartMate 3, iaitu antara peranti LVAD paling canggih di dunia yang berfungsi sebagai pam mekanikal bagi membantu ventrikel kiri jantung mengepam darah ke seluruh badan.
Katanya, prosedur implantasi LVAD itu mengambil masa kira-kira lima jam dan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi, di bawah pemantauan rapi proktor antarabangsa serta pasukan pakar tempatan.
“Sehingga kini, pesakit berada pada hari ketujuh selepas implantasi dan dilaporkan dalam keadaan stabil, telah berjaya dihentikan daripada semua sokongan inotropik serta sedang menjalani rawatan fisioterapi dan program rehabilitasi intensif.
“Saya juga dimaklumkan KKM, pesakit juga dirancang untuk melalui proses ekstubasi dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada pemulihan berperingkat selepas prosedur berisiko tinggi itu.
“Saya mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Kegagalan Jantung Pusat Jantung Serdang yang melibatkan pakar kardiologi, pakar bedah kardiotorasik, pakar anestesia jantung, perfusionis, pasukan rehabilitasi, kawalan infeksi serta ahli farmasi ekoran kejayaan ini,” katanya.
Kejayaan implantasi LVAD ini sekali gus mengukuhkan kedudukan HSIS sebagai pusat rujukan utama rawatan jantung dan torasik negara, dengan jumlah pembedahan kardiotorasik meningkat daripada 1,209 kes pada 2023 kepada 1,503 kes setakat tahun 2025.
Selain itu, Unit Elektrofisiologi HSIS turut melaksanakan lebih 1,400 prosedur rawatan gangguan rentak jantung serta puluhan prosedur Transcatheter Aortic Valve Implantation atau TAVI bagi pesakit berisiko tinggi.
“HSIS juga menjangkakan sekurang-kurangnya dua implantasi LVAD dapat dilaksanakan pada tahun 2026, manakala untuk 2027 kita mensasarkan peningkatan kepada empat pesakit setahun,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang mencatat sejarah dengan melaksanakan implantasi pertama peranti bantuan ventrikel kiri (LVAD) ke atas pesakit berusia 57 tahun, yang kini dalam keadaan stabil selepas prosedur lima jam tanpa komplikasi.
- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan kejayaan ini menunjukkan kemampuan sistem kesihatan negara dalam menyediakan rawatan jantung bertaraf dunia tanpa mengira latar belakang pesakit.
- Kejayaan ini memperkukuhkan kedudukan HSIS sebagai pusat rujukan utama rawatan jantung dan torasik negara, dengan jumlah pembedahan kardiotorasik meningkat daripada 1,209 kes pada 2023 kepada 1,503 kes setakat tahun 2025.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prosedur itu berjaya dilakukan ke atas pesakit berusia 57 tahun pada Rabu lalu dan kini pesakit berkenaan difahamkan berada dalam keadaan stabil.
“Kejayaan ini membuktikan keupayaan sistem kesihatan awam negara menyediakan rawatan jantung bertaraf dunia tanpa mengira latar belakang.
“Pesakit menerima implantasi peranti HeartMate 3, iaitu antara peranti LVAD paling canggih di dunia yang berfungsi sebagai pam mekanikal bagi membantu ventrikel kiri jantung mengepam darah ke seluruh badan.
“Pencapaian ini sekali gus menjadi penanda aras baharu dalam rawatan kegagalan jantung peringkat lanjut di hospital kerajaan dan sekali gus membuka mata dunia terhadap kecanggihan perubatan di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena kejayaan menjalankan Prosedur Implantasi Pertama Peranti Bantuan Ventrikel Kiri atau Left Ventricular Assist Device (LVAD) di HSIS di sini pada Rabu.
Menurut Dzulkefly, pesakit berkenaan menerima implantasi peranti HeartMate 3, iaitu antara peranti LVAD paling canggih di dunia yang berfungsi sebagai pam mekanikal bagi membantu ventrikel kiri jantung mengepam darah ke seluruh badan.
Katanya, prosedur implantasi LVAD itu mengambil masa kira-kira lima jam dan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi, di bawah pemantauan rapi proktor antarabangsa serta pasukan pakar tempatan.
“Sehingga kini, pesakit berada pada hari ketujuh selepas implantasi dan dilaporkan dalam keadaan stabil, telah berjaya dihentikan daripada semua sokongan inotropik serta sedang menjalani rawatan fisioterapi dan program rehabilitasi intensif.
“Saya juga dimaklumkan KKM, pesakit juga dirancang untuk melalui proses ekstubasi dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada pemulihan berperingkat selepas prosedur berisiko tinggi itu.
“Saya mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Kegagalan Jantung Pusat Jantung Serdang yang melibatkan pakar kardiologi, pakar bedah kardiotorasik, pakar anestesia jantung, perfusionis, pasukan rehabilitasi, kawalan infeksi serta ahli farmasi ekoran kejayaan ini,” katanya.
Kejayaan implantasi LVAD ini sekali gus mengukuhkan kedudukan HSIS sebagai pusat rujukan utama rawatan jantung dan torasik negara, dengan jumlah pembedahan kardiotorasik meningkat daripada 1,209 kes pada 2023 kepada 1,503 kes setakat tahun 2025.
Selain itu, Unit Elektrofisiologi HSIS turut melaksanakan lebih 1,400 prosedur rawatan gangguan rentak jantung serta puluhan prosedur Transcatheter Aortic Valve Implantation atau TAVI bagi pesakit berisiko tinggi.
“HSIS juga menjangkakan sekurang-kurangnya dua implantasi LVAD dapat dilaksanakan pada tahun 2026, manakala untuk 2027 kita mensasarkan peningkatan kepada empat pesakit setahun,” katanya lagi.
#HSIS rawatan canggih
#LVAD rawatan canggih didunia
#Implantasi pertama peranti bantuan ventrikel kiri
#Gangguan rentak jantung
#Dzulkefly Ahmad
#KKM