MALAYSIA
HSIS Serdang perinci projek AI, tingkat efisiensi rawatan kardiologi
Datuk Dr Asri Ranga berkata, hospital itu kini sedang membangunkan beberapa projek termasuk Smart Ward atau Wad Pintar, bertujuan memudahkan proses kerja dan mengurangkan beban tugas manual.
KUALA LUMPUR: Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang sedang memperincikan beberapa inisiatif berasaskan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan rawatan jantung, selaras dengan seruan Perdana Menteri untuk memperluaskan penggunaan teknologi digital dalam sektor kesihatan.
Ketua Jabatan Kardiologi HSIS Serdang, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, hospital itu kini sedang membangunkan beberapa projek termasuk Smart Ward atau Wad Pintar yang bertujuan memudahkan proses kerja dan mengurangkan beban tugas manual.
“Kita menyahut cabaran Perdana Menteri untuk memperkasa penggunaan teknologi dan AI. Ketika ini, kita sedang membangunkan beberapa inisiatif termasuk projek Wad Pintar atau Smart Ward bagi memudahkan proses kerja, memandangkan tahun lalu sahaja pesakit luar kita mencecah hampir 70,000 orang.
“Kita juga melaksanakan hampir 10,000 prosedur angiogram dan kira-kira 6,500 Intervensi Koronari Perkutan (PCI). Justeru, kita sedang melihat bagaimana AI boleh digunakan untuk melicinkan proses kerja dalam bidang ini.
“Selain itu, kita berdepan kekangan tenaga kerja, khususnya jururawat. Dengan penggunaan AI, banyak tugasan manual boleh diambil alih untuk mempertingkatkan kecekapan,” katanya dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Menurut Dr Asri, pembangunan infrastruktur kardiologi memerlukan kos yang besar, termasuk Pusat Jantung HSIS Serdang yang bernilai hampir RM560 juta, selain kos pengoperasian yang berterusan.
Namun begitu, katanya, penggunaan AI adalah hala tuju masa depan dalam perkhidmatan kesihatan dan HSIS Serdang berada pada kedudukan kukuh untuk mempelopori transformasi tersebut.
Jelasnya Dr Asri lagi, Hospital Serdang merupakan antara hospital IT terulung di Malaysia yang beroperasi sepenuhnya berasaskan sistem teknologi maklumat, dan penggunaan AI adalah perancangan seterusnya.