awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HSR ditangguh, tiada dana bayar pampasan - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/07/2018
05:18 MYT
HSR ditangguh, tiada dana bayar pampasan - Tun Mahathir
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta berhubung pembatalan projek HSR. - Gambar fail
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura berkemungkinan akan ditangguhkan, kata Perdana Menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak dinafikan negara tidak mempunyai dana untuk membayar pampasan yang besar kepada negara jiran.
Bagaimanapun, ujar beliau penangguhan projek itu dilihat sebagai langkah awal dalam proses rundingan.
"Kita tidak boleh katakan tidak mengenai pampasan berkaitan HSR, tetapi pada masa ini kita tidak ada dana, jadi kita perlu tangguhkan pelaksanaannya dahulu," katanya media di lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Sebelum ini, Singapura melalui Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon menyatakan negara itu masih menunggu jawapan balas rasmi daripada Malaysia berhubung projek HSR.
Dr Mahathir berkata, perbincangan dan rundingan semula dengan Singapura akan dijalankan dalam masa terdekat diwakili Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Ya, Singapura mahu tahu apakah status dan pendirian kita dalam isu berkenaan. Pada masa ini, bila kita lihat situasi kewangan negara, kita dapati kita tidak boleh dilaksanakan.
"Kita perlu kaji implikasinya, kaji dahulu kontrak dan kos projek itu. Kita terpaksa tangguhkan sementara atau mengurangkan kos projek berkenaan. Tetapi kalau sedikit sukar mengurangkan harga," katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta berhubung pembatalan projek HSR.
Beliau berkata, kerajaan membuat keputusan akhir untuk membatalkan projek tersebut kerana ia tidak memberi manfaat serta melibatkan kos yang tinggi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Dr Mahathir Mohamad
#ekonomi
#HSR
#Infrastruktur
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi
#Khaw Boon
#Kuala Lumpur-Singapura
#Malaysia
#Mohamed Azmin Ali
#pengangkutan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan