awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HSR: Kerajaan Negeri Sembilan akan beri kerjasama penuh - MB

Bernama
Bernama
22/07/2020
14:40 MYT
HSR: Kerajaan Negeri Sembilan akan beri kerjasama penuh - MB
Aminuddin berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk program bantuan persekolahan yang memanfaatkan 1,818 pelajar miskin.
Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan kerjasama penuh terhadap Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) termasuk dari segi pengambilan tanah dan pelan kebenaran merancang, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Katanya beliau dimaklumkan projek HSR yang akan disambung semula selepas tertangguh sebelum ini, akan mengekalkan jajaran asal yang turut meliputi pembinaan sebuah stesen di Labu.
"Kita juga mendapat cadangan bahawa pusat penyelenggaraan (HSR) akan dibina di negeri ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Pada 27 Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata terdapat keperluan untuk projek HSR diteruskan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk program bantuan persekolahan yang memanfaatkan 1,818 pelajar miskin, merangkumi murid tahun satu hingga tingkatan satu.
"Jumlah ini adalah peningkatan hampir 500 orang berbanding tahun lepas iaitu seramai 1,230 orang pelajar dengan peruntukan berjumlah RM676,500," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#HSR
#Menteri Besar
#Muhyiddin Yassin
#Negeri Sembilan
#stesen labu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan