HTAR laksana penjarakan sosial dalam lif hospital

Astro Awani
Mac 24, 2020 03:51 MYT
HTAR hadkan kemasukan dalam lif kepada lapan orang. -Facebook HTAR
Konsep penjarakan sosial memerlukan masyarakat mengambil langkah menjauhkan diri untuk mengelak dijangkiti virus berbahaya.
Ketika dunia dilanda musibah penularan jangkitan COVID-19, setiap individu perlu memastikan jarak yang selamat dan mengelak daripada bersesak dalam ruang yang sempit yang boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Dalam usaha membendung jangkitan COVID-19, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang melaksanakan langkah mengehadkan jumlah kemasukan individu di dalam lif pada satu-satu masa.
Dalam kenyataan di Facebook rasminya, semua kakitangan dan pelawat hospital perlu mengikuti saranan yang mengehadkan hanya lapan orang di dalam lif bagi mengekalkan jarak sosial.
"Untuk makluman semua kakitangan dan pelawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, selepas ini hanya lapan orang sahaja dibenarkan menggunakan lif dalam satu masa bagi menggalakkan jarak sosial (social distancing) di dalam lif.
"Kita lawan Covid-19 bersama-sama."
Pengumuman ini disambut baik pelawat hospital dan berharap langkah itu dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19.
#8 orang pada satu-satu masa #COVID-19 #Hospital #Hospital Tengku Ampuan Rahimah #koronavirus #lif hospital #penjarakan sosial