MALAYSIA
HTJ 2 bakal dibina dengan kos RM600 juta - Aminuddin
Aminuddin (foto) berkata hospital baharu itu akan mempunyai sekurang-kurangnya 400 katil dengan bidang subkepakaran diperkembangkan untuk manfaat rakyat negeri ini. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Hospital Tuanku Ja'afar Seremban 2 (HTJ 2) akan dibina dengan peruntukan kira-kira RM600 juta di tapak seluas 13.35 hektar berhampiran Klinik Kesihatan Seremban, Jalan Rasah di sini.
Ringkasan AI
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hospital baharu itu akan mempunyai sekurang-kurangnya 400 katil dengan bidang subkepakaran diperkembangkan untuk manfaat rakyat negeri ini.
Beliau berkata hospital berkenaan turut menawarkan perkhidmatan rawatan khusus baharu misalnya dalam bidang neurologi dan kardiologi.
"Pertambahan penduduk yang pesat menjadikan pembinaan hospital baharu satu keutamaan yang perlu dilaksanakan segera. Kita tidak mahu timbul masalah pada masa 10 tahun akan datang jika gagal menyediakan infrastruktur kesihatan mencukupi pada masa sekarang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata HTJ kini mengalami kekurangan 188 katil disebabkan kerja naik taraf yang berlaku di setiap tingkat bangunan hospital berkenaan.
Aminuddin berkata kekurangan kapasiti berkenaan bukan sahaja membebankan sistem sedia ada, tetapi turut memberi kesan langsung terhadap penduduk yang memerlukan rawatan segera dan berkualiti.
"Walaupun projek ini (HTJ2) telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), namun pelaksanaannya masih belum dimuktamadkan lagi.
"Saya berharap pembinaan hospital baharu ini akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2026 memandangkan tanah telah tersedia iaitu milik Kerajaan Persekutuan menyebabkan tiada urusan pengambilan tanah perlu dilakukan dan pembangunan boleh dimulakan segera," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM40 bilion untuk sektor kesihatan dalam tempoh RMK13 termasuk pembinaan HTJ 2.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Hospital Tuanku Ja'afar Seremban 2 akan dibina dengan peruntukan RM600 juta di tapak seluas 13.35 hektar berhampiran Klinik Kesihatan Seremban.
- Hospital baharu ini akan menempatkan sekurang-kurangnya 400 katil dan menawarkan rawatan khusus seperti neurologi dan kardiologi.
- Projek ini dimasukkan dalam RMK13 dan diharap diberi keutamaan dalam Belanjawan 2026 bagi menangani kekurangan kapasiti di HTJ sedia ada.