awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN: Matriks pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 fokus intervensi, pengukuhan kurikulum
Lonjakan pendidikan mesti diterjemah kepada nilai, disiplin dan prestasi lebih baik - PM Anwar
Hampir 3,000 km persegi kawasan berisiko tanah runtuh dipetakan - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Huawei bakal tawarkan 'Cangjie', bahasa pengaturcaraan dalam sumber terbuka

Amanz
Amanz
04/07/2025
05:00 MYT
Huawei bakal tawarkan 'Cangjie', bahasa pengaturcaraan dalam sumber terbuka
Huawei akan menawarkan Cangjie sebagai sumber terbuka menjelang 30 Julai 2025, membolehkan pembangun global mengakses dan menyumbang kepada kod sumbernya. -Amanz
HUAWEI sedia membangunkan bahasa pengaturcaraan mereka tersendiri dinamakan Cangjie.

Ringkasan AI
  • Huawei sedang membangunkan bahasa pengaturcaraan tersendiri bernama Cangjie, yang mengintegrasikan sokongan AI dan sekuriti terbina untuk pembangunan aplikasi rentas peranti.
  • Huawei akan menawarkan Cangjie sebagai sumber terbuka menjelang 30 Julai 2025, membolehkan pembangun global mengakses dan menyumbang kepada kod sumbernya.
  • Langkah ini dilihat sebagai usaha China untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi Amerika Syarikat dan memperkukuh ekosistem teknologi tempatan seperti HarmonyOS.

Dalam langkah memperluaskan lagi capaian dan penggunaannya, Huawei mengumumkan akan menawarkannya dalam bentuk sumber terbuka menjelang 30 Julai 2025.
Dengan menawarkannya dalam sumber terbuka, para pembangun seluruh dunia boleh mengakses kepada kod sumbernya, selain membangunkannya bersama, sekali gus memperluaskan lagi penggunaannya.
Cangjie dikatakan mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan secara terbina di samping sekuriti yang baik, membuatkan ia boleh digunakan untuk pembangunan pelbagai aplikasi rentas peranti.
Ia juga boleh digunakan untuk pembangunan aplikasi pada HarmonyOS.
Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu usaha syarikat-syarikat di China yang ingin bergerak bebas daripada cengkaman Amerika Syarikat, dan membangunkan penawaran teknologi mereka tersendiri. -Amanz
Topic Berkaitan
#Huawei
#Cangjie
#pembangunan aplikasi rentas peranti
#bahasa pengaturcaraan tersendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan