GADGETS

Huawei perkenal cermin mata pintar dengan cincin kawalan boleh tanggal

Astro Awani 06/11/2025 | 11:00 MYT
Huawei sedang membangunkan versi baharu cermin mata pintar dengan rekaan lebih inovatif termasuk tali boleh tanggal yang berfungsi sebagai cincin pintar untuk kawalan peranti. -Foto Amanz
HUAWEI dilapor sedang membangunkan versi baharu cermin mata pintar mereka berdasarkan permohonan paten terkini yang memperlihatkan rekaan lebih inovatif berbanding Huawei Vision Glass sebelum ini.


Ringkasan AI
  • Huawei sedang membangunkan versi baharu cermin mata pintar dengan rekaan lebih inovatif termasuk tali boleh tanggal yang berfungsi sebagai cincin pintar untuk kawalan peranti.
  • Cincin pintar ini membolehkan pengguna menjalankan pelbagai fungsi seperti pengecaman gerakan, navigasi, dan penuding, serta menyokong kawalan asas seperti ketukan dan leretan.
  • Walaupun rekaan ini dijangka meningkatkan pengalaman pengguna, keberkesanannya dalam penggunaan sebenar masih perlu dipastikan.


Menurut laporan GSMArena dan Amanz, cermin mata pintar baharu ini bakal dilengkapi dengan tali boleh tanggal yang boleh ditukar menjadi cincin pintar.

Cincin tersebut bukan sekadar aksesori, malah berfungsi sebagai alat kawalan utama untuk mengendalikan antara muka peranti tersebut.

Cincin ini boleh dipakai di jari dan digunakan untuk pelbagai kawalan seperti pengecaman gerakan, navigasi dan penuding.

Apabila disimpan semula ke dalam set kepala, ia menyokong kawalan asas seperti ketukan dan leretan, serta dicas semula secara automatik apabila dipasang semula ke dalam peranti.

Rekaan ini dilihat sebagai penyelesaian menarik yang menghapuskan keperluan alat kawalan berasingan, sekali gus meningkatkan pengalaman pengguna.

Namun, sejauh mana keberkesanannya dalam penggunaan sebenar masih belum dapat dipastikan.

Perlu diingat bahawa ini hanyalah permohonan paten oleh Huawei dan tidak semestinya akan menjadi produk sebenar di pasaran.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang membuat cermin mata pintar baharu Huawei berbeza daripada model sebelum ini?
    A: Cermin mata pintar baharu Huawei dilengkapi dengan cincin pintar yang berfungsi sebagai alat kawalan utama untuk mengendalikan peranti tersebut.
  • Q: Apakah fungsi cincin pintar yang disertakan dalam cermin mata pintar baharu Huawei?
    A: Cincin pintar tersebut membolehkan pengguna menjalankan pelbagai fungsi seperti pengecaman gerakan, navigasi, penuding, serta menyokong kawalan asas seperti ketukan dan leretan.
  • Q: Adakah rekaan cermin mata pintar baharu Huawei dijangka dapat meningkatkan pengalaman pengguna?
    A: Walaupun rekaan ini dijangka dapat meningkatkan pengalaman pengguna dengan menghapuskan keperluan alat kawalan berasingan, keberkesanannya dalam penggunaan sebenar masih perlu dipastikan.



#Huawei #cermin mata pintar #cincin pintar #alat kawalan utama