[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
GADGETS

HUAWEI perkenal siri WATCH GT 6 dengan hayat bateri sehingga 21 hari

Amzar Alif 30/09/2025 | 08:39 MYT
Rekaan HUAWEI WATCH GT 6 Pro menyerlah dengan kemasan premium kaca sapphire dan aloi titanium, menepati citarasa pengguna aktif yang mementingkan gaya dan ketahanan. -Gambar HUAWEI
HUAWEI kembali mencuri tumpuan peminat teknologi dengan pelancaran siri jam pintar terbaharu, HUAWEI WATCH GT 6 yang menawarkan hayat bateri sehingga 21 hari, antara yang terpanjang dalam kategorinya.


Ringkasan AI
  • HUAWEI melancarkan siri jam pintar WATCH GT 6 dengan hayat bateri sehingga 21 hari, reka bentuk premium dan ciri pemantauan kesihatan serta sukan yang dipertingkat.
  • WATCH GT 6 Pro menyokong lebih 17,000 peta padang golf, mod freediving dan trail running, serta ciri gaya hidup seperti pembayaran QR TNG dan MyBorderPass terus dari pergelangan tangan.
  • Pratempahan dibuka sehingga 3 Oktober untuk WATCH GT 6 (bermula RM999) dan sehingga 14 Oktober untuk WATCH Ultimate 2 (bermula RM3,499), dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305.


Mengangkat semangat “Ride the Wind”, model HUAWEI WATCH GT 6 Pro dan HUAWEI WATCH GT 6 tampil dengan reka bentuk premium, keupayaan pemantauan kesihatan yang dipertingkat, serta ciri sukan yang menyeluruh, menetapkan penanda aras baharu bagi jam tangan pintar moden.

HUAWEI WATCH GT 6 Pro dibina menggunakan kaca sapphire premium dan aloi titanium gred aeroangkasa untuk ketahanan maksimum, manakala HUAWEI WATCH GT 6 menawarkan rekaan nipis dan ringan daripada keluli tahan karat untuk kegunaan harian yang lebih bergaya.

Kedua-dua model menyokong ketahanan bateri sehingga 21 hari bagi penggunaan ringan dan sehingga 12 hari untuk penggunaan biasa, menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang mahukan prestasi jangka panjang tanpa kerap mengecas.

xxx


Dari segi fungsi, HUAWEI WATCH GT 6 Pro menawarkan sokongan lebih 17,000 peta padang golf yang boleh dizum, mod sukan seperti trail running dan freediving dengan pensijilan profesional EN13319, selain dilengkapi sistem kedudukan HUAWEI Sunflower Positioning dengan ketepatan 20 peratus lebih baik.

Ia turut menyokong lebih 100 mod senaman termasuk berbasikal dan pendakian, bersama ciri gaya hidup harian seperti pembayaran QR TNG, akses kad NFC, dan MyBorderPass terus dari pergelangan tangan.

xxx


HUAWEI turut mengumumkan kehadiran HUAWEI WATCH Ultimate 2 dengan mod selaman sehingga 150 meter dan teknologi multisensing X-Tap untuk pengalaman kecergasan lebih mendalam.

Sementara itu, HUAWEI WATCH D2 kini hadir dengan pilihan warna baharu dan terus menawarkan pemantauan tekanan darah bertaraf perubatan, sesuai untuk pengguna yang mengutamakan kesihatan harian.

Menurut Huawei, pra-tempahan HUAWEI WATCH GT 6 kini dibuka sehingga 3 Oktober pada harga serendah RM999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM446 termasuk HUAWEI Freebuds 6i dan langganan HUAWEI Health Plus selama tiga bulan.

Pratempahan bagi HUAWEI Watch Ultimate 2 pula dibuka sehingga 14 Oktober pada harga serendah RM3,499 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305 termasuk HUAWEI FreeClip, dua tahun perlindungan HUAWEI Care Plus dan langganan HUAWEI Health Plus selama tiga bulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI atau kunjungi kedai fizikal HUAWEI.







#HUAWEI WATCH GT 6 #jam tangan sukan #jam tangan pintar #hayat bateri #ciri pemantauan kesihatan