[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
GADGETS

Huawei pindah unit kereta pintar ke syarikat baharu

Amanz 27/11/2023 | 11:31 MYT
Huawei dan Changan Auto menyasarkan syarikat baharu ini akan menjadi peneraju dalam teknologi automotif pintar di China. -Amanz
SELEPAS dikenakan pelbagai sekatan teknologi oleh Amerika Syarikat, Huawei mula berjinak-jinak dengan pembangunan kereta elektrik pintar dengan kerjasama Changan Auto dan Seres.
Beberapa model telahpun dihasilkan dengan jualan terhad di China sahaja.
Tetapi hujung minggu lalu, Huawei telah memindahkan bahagian kereta pintar ke sebuah syarikat baharu yang ditubuhkan bersama Changan Auto.
Syarikat baharu ini tidak akan menghasilkan kereta elektrik pintar sendiri tetapi akan membangunkan, menghasilkan dan menjual sistem serta perkakasan pintar untuk kegunaan industri automotif.
Huawei dan Changan Auto menyasarkan syarikat baharu ini akan menjadi peneraju dalam teknologi automotif pintar di China.
China pada waktu ini ialah pasaran kedua terbesar untuk kenderaan elektrik (EV) selepas Amerika Syarikat.
Beberapa syarikat tempatan seperti BYD kini memegang pasaran di China dan telahpun mengembangkan penawaran kenderaan mereka ke peringkat antarabangsa pada harga yang lebih mampu milik. -Amanz
#EV #China #Changan Auto #unit kereta pintar