MALAYSIA
Hubungan akrab Malaysia-Brunei terserlah pada majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-68
Majlis resepsi Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 berlangsung meriah di Brunei, dihadiri lebih 250 tetamu, termasuk pegawai kanan, diplomat, pemimpin perniagaan dan diaspora Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Daripada alunan irama Kulintangan hingga gerak silat yang lemah lembut, majlis resepsi Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 di Brunei berlangsung meriah dengan meraikan warisan, persahabatan dan kepelbagaian cita rasa yang menyatukan rakyat Malaysia dan Brunei di bawah satu bumbung.
Ringkasan AI
Majlis anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia itu dihadiri lebih 250 tetamu, termasuk pegawai kanan, diplomat, pemimpin perniagaan dan diaspora Malaysia yang diraikan dengan hidangan tradisional Malaysia.
Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan, memuji ikatan persahabatan yang mendalam antara Malaysia dan Brunei serta menyatakan keyakinan bahawa sejarah dan kepercayaan bersama akan terus membimbing kedua-dua negara ke arah keamanan dan kemakmuran yang lebih besar.
Beliau berkata sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1984, Malaysia dan Brunei menikmati hubungan erat yang diperkukuh dengan kekerapan lawatan peringkat tinggi. Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada Ogos - lawatan ketiga baginda tahun ini, manakala di pihak Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melawat Brunei pada awal tahun ini.
"Kekerapan pertukaran lawatan antara pemimpin kita telah mengesahkan semula hubungan istimewa yang lama terjalin. Dengan latar belakang ini, saya yakin kerjasama dua hala antara kedua-dua negara akan terus berkembang," katanya.
Pesuruhjaya tinggi itu turut menekankan pencapaian dalam kerjasama dua hala merangkumi bidang ekonomi, pertahanan, pelancongan, pendidikan dan kesihatan.
Beliau mengulangi komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk membawa blok itu lebih dekat kepada rakyat serta mengemudinya ke arah masa depan yang lebih inklusif dan mampan.
Mohd Aini menegaskan bahawa adalah penting bagi Malaysia dan Brunei mengekalkan hubungan berpandangan ke hadapan yang dibina berasaskan ikatan sejarah mendalam, kepercayaan dan keyakinan.
"Malaysia komited sepenuhnya untuk terus memperkukuh hubungannya dengan Brunei demi manfaat bersama bagi negara dan rakyat kita.
"Adalah menjadi harapan saya agar sejarah dan kepercayaan kita bersama akan membimbing kedua-dua negara ke arah keamanan, kemakmuran dan keharmonian yang lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Ringkasan AI
- Majlis resepsi Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 di Brunei diraikan meriah dengan warisan budaya, makanan tradisional dan kehadiran lebih 250 tetamu termasuk pegawai kanan dan diplomat.
- Malaysia dan Brunei mengekalkan hubungan erat sejak 1984, diperkukuh dengan lawatan peringkat tinggi antara pemimpin kedua-dua negara.
- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang serta memastikan hubungan masa depan kekal berasaskan sejarah, kepercayaan dan manfaat bersama.