MALAYSIA
Hubungan budaya yang erat perkukuh pelancongan Malaysia-China - PM

Hubungan budaya yang erat, pertumbuhan ekonomi yang rancak dan kestabilan politik mewujudkan persekitaran mesra serta menarik bagi pelancong dari China. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kepelbagaian etnik di negara ini, termasuk populasi besar masyarakat Cina, adalah antara faktor utama yang merangsang pelancongan dua hala antara Malaysia dan China susulan pelaksanaan dasar pengecualian visa bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim tekankan kepelbagaian etnik dan hubungan budaya erat sebagai pemacu pelancongan dua hala MalaysiaChina, disokong dasar pengecualian visa bersama.
- Malaysia tawar tarikan sepanjang tahun dengan pantai dan pergunungan, cuaca tropika tanpa musim sejuk, serta kestabilan politik dan ekonomi yang mesra pelancong.
- Malaysia belajar daripada kemajuan pertanian moden China, termasuk penjenteraan dan amalan mampan untuk tingkat produktiviti dan kebajikan petani.
Anwar turut menekankan kedudukan unik Malaysia sebagai sebuah negara maritim dan berkata negara ini menawarkan tarikan pelancongan sepanjang tahun sama ada kawasan pergunungan atau pantai yang indah.
"Kami memiliki banyak pantai yang indah dan kelebihannya adalah anda boleh berenang atau mandi-manda di situ pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada musim sejuk, cuacanya sama seperti musim panas sepanjang tahun," katanya.
Beliau turut memuji kemajuan luar biasa yang dicapai oleh China dalam memodenkan sektor pertaniannya dan berkata Malaysia kini belajar daripada pengalaman negara itu daripada aspek penjenteraan, pertanian moden serta amalan mampan sebagai pemacu utama bagi meningkatkan produktiviti selain kebajikan golongan petani.
"Di China, bukan hanya sektor pertanian malah setiap bidang menunjukkan kemajuan luar biasa yang boleh dikongsi bersama. Kami kini memberi tumpuan yang lebih kerana dalam beberapa bidang seperti petani yang mengusahakan tanaman padi di luar bandar, merupakan kelompok paling miskin dan kita perlu melakukan lebih banyak lagi," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami