MALAYSIA
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
Fadillah (tiga, kanan) hadir pada Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Kedutaan China di sebuah hotel malam ini. Turut sama Ouyang Yujing (dua, kanan). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: China dan Malaysia akan terus memacu kecemerlangan pada 2026 dan bersama-sama melakar lembaran gemilang dalam fasa baharu jubli emas hubungan kedua-dua negara, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Ringkasan AI
Beliau berkata 2025 merupakan tahun mercu tanda dalam pembangunan hubungan China-Malaysia, yang diserlahkan melalui lawatan Presiden Xi Jinping, kunjungan kedua beliau selepas 12 tahun.
"Semasa lawatan ini, kenyataan bersama telah dibuat bagi menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk bersama-sama membina komuniti China-Malaysia berpaksikan masa depan bersama pada tahap strategik yang tinggi, sekali gus membawa kedua-dua negara ke fasa baharu pembangunan hubungan dua hala, yang terbaik dalam sejarah," katanya dalam ucapan pada majlis resepsi Tahun Baharu Cina yang dihoskan oleh Kedutaan China di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri majlis tersebut.
Ouyang berkata momentum hubungan dua hala pada 2025 diperkukuh lagi dengan dua lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia serta lawatan keempat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China sejak memegang jawatan, kesemuanya telah memperkukuh hubungan persahabatan China-Malaysia secara menyeluruh.
Beliau menambah bahawa kerjasama praktikal antara kedua-dua negara terus memberikan manfaat yang besar kepada rakyat masing-masing.
Memetik data rasmi China, Ouyang berkata perdagangan dua hala antara China dan Malaysia mencecah US$191.66 bilion pada 2025, satu pencapaian memberangsangkan di tengah-tengah kemelesetan ekonomi global.
Beliau berkata China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut, manakala projek kerjasama utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai 91 peratus siap, dan projek "Dua Negara, Taman Berkembar" sedang melalui proses naik taraf selanjutnya.
Mengenai pertukaran antara rakyat, Ouyang berkata hasil daripada pelaksanaan dasar pengecualian visa bersama, rakyat kedua-dua negara kini boleh melawat satu sama lain pada bila-bila masa.
Pada 2025, seramai 4.77 juta pelancong China melawat Malaysia, manakala 716 penerbangan kini beroperasi setiap minggu antara China dan Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- China dan Malaysia akan memacu kecemerlangan pada 2026 dalam fasa baharu jubli emas hubungan kedua-dua negara, menurut Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
- Tahun 2025 menjadi mercu tanda bagi pembangunan hubungan China-Malaysia dengan lawatan Presiden Xi Jinping dan kunjungan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia, serta Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
- Perdagangan dua hala antara China dan Malaysia mencapai US$191.66 bilion pada 2025; kerjasama praktikal antara negara ini memberi manfaat besar kepada rakyat dan pertukaran antara rakyat kedua-dua negara semakin meningkat.