awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan dagangan dua hala, COVID-19 antara perkara dibincangkan PM dan Shinzo Abe

Bernama
Bernama
11/03/2022
16:26 MYT
Hubungan dagangan dua hala, COVID-19 antara perkara dibincangkan PM dan Shinzo Abe
Perdana Menteri Ismail Sabri berkata kerajaan menghargai lawatan Abe yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun ke negara ini yang menggambarkan keakraban hubungan kedua-dua negara. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dua hala, pandemik COVID-19, kerjasama pelaburan, perkembangan geopolitik antarabangsa dan isu serantau antara yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bertemu mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe malam ini.
Menerusi hantaran Facebooknya, Ismail Sabri berkata kerajaan menghargai lawatan Abe yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun ke negara ini yang menggambarkan keakraban hubungan kedua-dua negara, terutamanya sempena meraikan ulang tahun diplomatik ke-65 Malaysia-Jepun tahun ini.
"Tahun ini ialah Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Malaysia antara satu destinasi pelaburan yang strategik dan menarik bagi syarikat Jepun.
"Dasar ini telah menyumbang kepada pembangunan sumber manusia, peluang pendidikan dan latihan di universiti-universiti dan syarikat-syarikat Jepun, terutamanya dalam bidang berkemahiran tinggi dan teknologi canggih," katanya.
Ismail Sabri berkata Malaysia juga komited dengan inisiatif penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia yang kini dalam proses untuk dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#mantan perdana menteri Jepun
#Hubungan perdagangan dua hala
#COVID-19
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Malaysia
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan