MALAYSIA
Hubungan erat pelbagai kaum, agama aset berharga negara - MB Pahang
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika menjawab soalan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Pahang hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Hubungan erat antara masyarakat berbilang kaum dan agama merupakan aset berharga yang bukan sekadar simbol kemerdekaan, tetapi lambang keamanan dan kesejahteraan negara.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sehubungan itu, semua pihak diseru supaya mengelakkan perpecahan yang hanya akan merugikan selain jangan membiarkan perbezaan pandangan memutuskan silaturahim, apatah lagi mencetuskan permusuhan.
"Semangat kebangsaan ini menuntut kita untuk terus mempertahankan keharmonian kaum yang telah kita bina selama ini. Kita perlu menolak sekeras-kerasnya permainan persepsi, fitnah dan tohmahan yang sengaja ditiupkan untuk memecah-belahkan rakyat.
"Perkara ini bukan sahaja menghakis kepercayaan sesama kita, malah akan menyebabkan rakyat tidak bersatu, menimbulkan permusuhan dan menggugat kestabilan negeri serta negara," katanya dalam ucapan penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata semua pihak turut disarankan supaya mengisi kemerdekaan dengan semangat toleransi, sikap saling memahami dan keinginan untuk membina masa depan bersama yang lebih gemilang.
"Saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat serta seluruh rakyat Pahang untuk kita bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga bebas daripada belenggu kebencian, syak wasangka dan perpecahan," katanya.
Sementara itu, Wan Rosdy ketika ditemui pemberita menyifatkan belanjawan tambahan Pahang yang diluluskan dalam persidangan DUN hari ini merupakan antara yang terendah sejak 2022.
Beliau berkata belanjawan tambahan RM141 juta itu merangkumi tujuh perkara antaranya melibatkan kenaikan gaji penjawat awam dan bayaran pencen pesara kerajaan.
"Ini adalah perkara wajib yang memang tidak dapat dielakkan. Kerajaan negeri perlu membuat bayaran ini. Bajet tambahan ini adalah proses biasa yang setiap negeri ataupun kerajaan pasti buat untuk perkara-perkara yang di luar jangka," katanya.
-- BERNAMA

#hubungan erat pelbagai kaum
#masyarakat pelbagai kaum dan agama
#aset berharga
#Wan Rosdy Wan Ismail