KUALA LUMPUR: Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi menyatakan keyakinannya bahawa hubungan dua hala antara Iran dan Malaysia akan terus berkembang maju berasaskan rasa hormat dan kerjasama bersama.
Iran sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya presiden ke-14 pada Jumaat depan (28 Jun) di dalam dan luar negara, termasuk di Kuala Lumpur berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada 19 Mei.
Iran dijangka meneruskan dasar luar dan hubungan dua hala yang sedia ada.
Valiollah menekankan kesinambungan sejarah dasar luar Iran serta interaksi yang berterusan dan semakin berkembang antara Iran dan Malaysia, termasuk lawatan pegawai tinggi semasa kepimpinan bekas Presiden Hassan Rouhani (2013-2021).
Beliau berkata pertukaran delegasi dan pertemuan antara Allahyarham Raisi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh kerjasama berterusan.
"Saya yakin pentadbiran beserta Presiden baharu yang akan mengambil alih mungkin menambah beberapa minat atau idea, tetapi prinsipnya, secara amnya, (dasar luar negara) Iran masih kekal," katanya, sambil memberitahu pilihan raya yang dijadualkan pada 2025 telah dipercepatkan untuk menangani kekosongan mengejut.
Mengenai isu sekatan Barat yang berlarutan terhadap Iran, Valiollah berkata: "Iran telah berada di bawah sekatan selama 45 tahun dan ini bukan perkara baharu. Saya ingin menegaskan bahawa semua sekatan ini adalah unilateral dan bukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB."
Beliau berhujah bahawa kebanyakan sekatan itu tidak semestinya mencerminkan konsensus antarabangsa yang lebih luas.
Duta itu juga menekankan kepentingan kedaulatan negara dalam membentuk pakatan dan dasar yang bermanfaat.
Beliau memuji hubungan luar yang seimbang oleh Anwar, khususnya pendiriannya dalam mengekalkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) dan China berdasarkan kepentingan negara.
"Setiap negara membuat keputusan mengikut kepentingan negara masing-masing. Di sinilah setiap negara kekal bebas dan memutuskan apa yang bermanfaat untuk negara mereka," katanya.
Mengenai pilihan raya yang akan datang di Iran, Valiollah menyifatkannya sebagai proses demokrasi bermula dengan pendaftaran calon dari 30 Mei hingga 3 Jun diikuti dengan tempoh tapisan oleh Majlis Penjaga, yang meluluskan enam calon.
Menurut perlembagaan Iran, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 50 hari selepas kekosongan jawatan untuk memastikan presiden baharu dipilih dengan cepat, mengukuhkan proses demokrasi.
Dianggarkan 61 juta pengundi yang layak dijangka mengambil bahagian, dan keputusan pilihan raya dijangka diumumkan dalam tempoh 48 jam selepas tamat pilihan raya.
Dalam masa yang sama, naib presiden pertama Iran, Mohammad Mokhber telah dilantik sebagai Pemangku Presiden berikutan kematian tragis Raisi.
Nahas helikopter itu turut meragut nyawa beberapa pegawai tinggi lain, termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian, Gabenor wilayah Azerbaijan Timur Malik Rahmeti dan Imam Ayatollah Ali Hashim.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Valiollah Mohammadi Nasrabadi menyatakan keyakinannya bahawa hubungan dua hala antara Iran dan Malaysia akan terus berkembang maju berasaskan rasa hormat dan kerjasama bersama. -Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Iran berhasrat adakan MoU dalam bidang pertanian - Mohamad Sabu
Mohamad yakin MoU itu akan menyediakan asas yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Iran dalam bidang pertanian.
Hubungan Iran-Malaysia akan terus berkembang maju - Duta
Iran dijangka meneruskan dasar luar dan hubungan dua hala yang sedia ada.