awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan keluarga antara alasan majikan tidak daftar pekerja dengan PERKESO

Bernama
Bernama
23/04/2025
15:00 MYT
Hubungan keluarga antara alasan majikan tidak daftar pekerja dengan PERKESO
Kira-kira 10 peratus daripada 171 majikan yang terlibat dalam operasi pemutihan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu didapati tidak mencarum pekerja mereka dengan agensi itu.
KUALA TERENGGANU: Kira-kira 10 peratus daripada 171 majikan yang terlibat dalam operasi pemutihan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu didapati tidak mencarum pekerja mereka dengan agensi itu.
Pengarahnya Suhara Mustaffa berkata antara alasan yang diberikan ialah pekerja hanya terdiri dalam kalangan saudara-mara dan pekerja sambilan.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada tindakan seperti kompaun dikenakan terhadap majikan berkenaan memandangkan tujuan operasi adalah untuk meningkatkan kesedaran serta peluang mencarum secara sukarela.
"Operasi pemutihan itu dijalankan sepanjang April bagi menggalakkan majikan mendaftarkan pekerja secara sukarela.
"Seramai 30 pegawai dan petugas PERKESO Terengganu terlibat dalam lima siri operasi pemutihan yang dijalankan di Besut, Dungun dan Kuala Terengganu.
Beliau berkata PERKESO Terengganu akan memulakan operasi penguatkuasaan (Op Kesan) pada Mei depan dan fokus utama bagi memastikan pematuhan terhadap kewajipan pendaftaran serta caruman seperti yang ditetapkan undang-undang.
"Kita berharap tiada lagi alasan diberikan majikan memandangkan tempoh yang lama telah diberi untuk mereka mendaftar dengan PERKESO," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perkeso Terengganu
#carum pekerja
#operasi pemutihan
#Op Kesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan