MALAYSIA

Hubungan kerajaan-swasta pacu pertumbuhan ekonomi Perlis - Raja Muda

Astro Awani 12/12/2025 | 09:00 MYT
Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri) dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen (tiga dari kanan) berkenan berangkat ke Majlis Apresiasi kepada Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta anjuran Shorubber di Kangar, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
KANGAR: Hubungan rapat dan kolaboratif antara jabatan kerajaan serta agensi swasta perlu terus diperkukuh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Perlis kekal mampan dan berdaya saing, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


Ringkasan AI
  • Kerjasama rapat antara jabatan kerajaan dan agensi swasta penting untuk pertumbuhan ekonomi Perlis yang mampan dan berdaya saing.
  • Setiap syarikat perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan produktiviti, pematuhan terhadap peraturan, memperkukuh budaya inovasi, dan menerapkan teknologi baharu dalam operasi harian.
  • Majlis Apresiasi merupakan platform strategik untuk memperkukuh hubungan, meningkatkan komunikasi, dan memperluas jaringan kerjasama bagi kemajuan Negeri Perlis.


Baginda bertitah, kerjasama erat kedua-dua pihak merupakan elemen penting dalam membina ekosistem perniagaan yang kondusif, berintegriti dan tahan terhadap cabaran semasa.

Tuanku Syed Faizuddin turut menegaskan bahawa setiap syarikat wajar memberi tumpuan kepada empat teras utama operasi, iaitu:

“Majlis Apresiasi seperti ini wajar diteruskan dan diperluas penyertaannya kepada lebih banyak jabatan serta agensi. Ia bukan sahaja menjadi wadah penghargaan, malah platform strategik untuk memperkukuh hubungan, meningkatkan komunikasi dan memperluas jaringan kerjasama demi kemajuan berterusan Negeri Perlis,” titah Baginda.

Tuanku Raja Muda bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan Majlis Apresiasi kepada Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta anjuran Shorubber (Malaysia) Sdn Bhd di sini, pada Khamis.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat.

Ketibaan Baginda berdua disambut Pengarah Urusan Shorubber (Malaysia) Sdn Bhd, Imran Ibrahim.

Penganjuran majlis itu merupakan simbol penghargaan atas sokongan strategik dan kerjasama berterusan pelbagai pihak yang membantu memperkukuh prestasi syarikat serta memajukan industri pembuatan sarung tangan negara.

Secara keseluruhan, majlis tersebut mencerminkan komitmen Shorubber untuk kekal berinovasi, berdaya saing dan terus menjalin hubungan erat dengan agensi kerajaan serta rakan industri dalam usaha menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.



#Raja Muda Perlis #Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail #hubungan kerajaan-swasta #ekonomi Perlis