[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Hubungan Malaysia-Singapura dijangka terus kukuh di bawah kepimpinan Lawrence Wong

Farhan Hakimi 06/05/2025 | 14:16 MYT
Menurut Penganalisis Politik Kanan, Solaris Strategies Singapore, Dr. Mustafa Izzuddin, ini bermakna semua kerjasama ekonomi dan pelaksanaan projek infrastruktur bersama sebelum ini akan diteruskan seperti biasa. - Bernama
KUALA LUMPUR : Kemenangan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dalam Pilihan Raya Umum Singapura baru-baru ini dilihat sebagai petunjuk bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan kekal stabil.
Menurut Penganalisis Politik Kanan, Solaris Strategies Singapore, Dr. Mustafa Izzuddin, ini bermakna semua kerjasama ekonomi dan pelaksanaan projek infrastruktur bersama sebelum ini akan diteruskan seperti biasa.
"Saya berpendapat bahawa bagi Perdana Menteri Lawrence Wong dan pasukannya, Malaysia merupakan rakan yang sangat penting kepada Singapura.
"Jika kita perhatikan cara Lawrence Wong dan pasukannya berinteraksi dengan rakan sejawat di Malaysia, saya berpendapat kita boleh menyatakan dengan yakin bahawa hubungan antara Malaysia dan Singapura akan terus berkembang dan semakin kukuh.
"Hubungan ini akan terus diperkukuh kerana ia membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Lawrence Wong yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) mendapat mandat kukuh selepas parti itu mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dengan 65.57 peratus undi dalam Pilihan Raya Umum Singapura yang menyaksikan parti itu memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.
Ia menyaksikan peningkatan 4.33 peratus berbanding 61.24 peratus dalam keputusan Pilihan Raya 2020.
#Malaysia #Singapura #Lawrence Wong #Anwar Ibrahim #berita politik #PAP #General Election #pilihan raya