MALAYSIA
Hubungan seks terlarang punca utama jangkitan HIV di Melaka
Dr Ruzita (tengah) hadir mengiringi Ngwe (kanan) pada majlis menampal plak Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) di salah satu premis ZUS Coffee di Bukit Baru, Melaka, 1 Dis 2025. --fotoBERNAMA
MELAKA: Jangkitan HIV dalam kalangan pesakit AIDS di Melaka berpunca daripada hubungan seksual khususnya hubungan terlarang berbanding menerusi perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Ruzita Mustaffa berkata secara umum pesakit AIDS terlibat adalah golongan dewasa berusia 25 tahun hingga 60 tahun daripada pelbagai latar belakang jantina dan pekerjaan.
"Kebelakangan ini, trend jangkitan telah berubah disebabkan hubungan seksual sama ada hubungan sejenis iaitu gay atau lesbian atau hubungan berlainan jantina tetapi kami dapati yang banyak berlaku disebabkan hubungan seksual sejenis.
"Situasi ini amat membimbangkan walaupun trend berkenaan telah berubah antara 10 hingga 15 tahun lepas dan landskap perubahan punca jangkitan HIV di Melaka adalah sama dengan peringkat nasional," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) yang disempurnakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Dr Ruzita berkata kesedaran dalam kalangan rakyat di negeri itu terhadap jangkitan HIV dilihat semakin meningkat kerana terdapat peningkatan saringan dan ujian penyakit berkenaan dilakukan di fasiliti kesihatan yang disediakan.
Beliau berkata sambutan Hari Kesedaran HIV/AIDS Peringkat Negeri Melaka pada 11 Dis ini akan digunakan agensi itu sebagai medium untuk terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap penyakit berkenaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

- Q: Apakah punca utama jangkitan HIV dalam kalangan pesakit AIDS di Melaka berdasarkan artikel yang disediakan?
A: Hubungan seksual, terutamanya hubungan terlarang, adalah punca utama jangkitan HIV dalam kalangan pesakit AIDS di Melaka, berbeza dengan perkongsian jarum suntikan. - Q: Siapakah golongan pesakit AIDS yang terlibat dalam jangkitan di Melaka menurut Pengarah Kesihatan negeri?
A: Golongan dewasa berusia antara 25 hingga 60 tahun dari pelbagai latar belakang jantina dan pekerjaan terlibat dalam jangkitan HIV di Melaka. - Q: Apa yang menyebabkan perubahan trend jangkitan HIV di Melaka, menurut Dr Ruzita Mustaffa?
A: Trend jangkitan HIV di Melaka berubah disebabkan oleh hubungan seksual, terutamanya hubungan sejenis seperti gay atau lesbian, berbanding dengan keadaan 10 hingga 15 tahun yang lalu yang lebih melibatkan hubungan seksual berlainan jantina.