awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungi pengusaha tempatan untuk dapatkan pemandu pelancong bagi elakkan kekecohan

Bernama
Bernama
23/07/2017
01:21 MYT
Hubungi pengusaha tempatan untuk dapatkan pemandu pelancong bagi elakkan kekecohan
MAS ERMIEYATI: Jika ada syarikat pelancongan luar negara yang ingin membawa pemandu pelancong dari luar, perluklah berhubung dengan pengusaha tempatan.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan meminta syarikat pelancongan luar negara agar berhubung dengan pengusaha sektor pelancongan di Malaysia terlebih dahulu bagi mendapatkan khidmat pemandu pelancong tempatan sebelum terus menggunakan khidmat pemandu pelancong asing.
Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ia bagi mengelakkan sebarang kekecohan atau salah faham dalam kalangan pengusaha pelancongan tempatan sebagaimana yang berlaku di sebuah negeri baru-baru ini rentetan mereka menggunakan khidmat pemandu pelancong asing.
"Berikutan kekecohan tersebut, satu siasatan telah dijalankan dan kita mendapati ia tidak menyalahi undang-undang.
Namun, saya meminta jika ada syarikat pelancongan luar negara yang ingin membawa pemandu pelancong dari luar ia perlu berhubung dengan pengusaha tempatan bagi mengelak hal seperti ini berlaku lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Raub di sini pada Sabtu.
Mas Ermieyati berkata penggunaan khidmat pemandu pelancong luar negara ini mampu diatasi jika terdapat ramai pemandu pelancong tempatan yang berkebolehan dan berkemahiran menguasai pelbagai bahasa.
"Kita masih kekurangan pemandu pelancong yang boleh berbahasa Inggeris, Mandarin dan Arab, justeru saya harap lebih ramai warga tempatan dapat menguasai bahasa ini dan menjadi pemandu pelancong.
"Jika diperhatikan kita mempunyai ramai graduan yang berpendidikan tinggi, jadi mereka mempunyai potensi untuk menjadi pemandu pelancong bertauliah di mana mereka akan mendapat gaji pokok dan tip," katanya yang mengulas satu laporan sebuah akhbar mengenai kejadian itu baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata kementerian sedang mempertimbangkan permintaan kerajaan negeri Pahang yang mahukan sebahagian kecil daripada cukai pelancongan yang dikenakan ke atas pelancong disalurkan kepada mereka.
"Kita memang mempertimbangkan untuk memberi cukai itu kepada kerajaan negeri tetapi kita perlu lihat dan mendapatkan pandangan tentang kaedah terbaik untuk menyalurkannya.
"Mungkin hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat menteri Kabinet, jika ia memberi manfaat kepada kerajaan negeri apa salahnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati Samsudin
#pelancong
#pelancongan
#pemandu pelancong
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan