Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam menjadi Presiden ketiga parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mengisytiharkan akan meletak jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan membangkitkan kebimbangannya mengenai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada mesyuarat Kabinet akan datang.
"MIC dan komponen BN lain, termasuk MCA, Gerakan serta Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan mengadakan perbincangan menerusi satu konvensyen yang akan dianjurkan dalam masa terdekat.
"Perbincangan bertujuan mencari kata sepakat bersama komponen BN lain mengenai isu itu, selain (menyatakan) pendirian kepada kerajaan berhubung kebimbangan kami jika hudud dilaksana.
"Berdasarkan kajian kita, RUU itu seolah-olah menjurus kepada pelaksanaan hudud dan kita tidak mahu hudud dilaksanakan.
"Jika selepas semua usaha kami hudud masih dilaksanakan, saya akan meletakkan jawatan dalam kerajaan," katanya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu di sini hari ini.
Para perwakilan MIC yang hadir memberi tepukan gemuruh menyambut pengumuman yang dibuat Subramaniam itu.
Menurutnya, pihaknya juga akan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Justeru, beliau berharap kenyataan Perdana Menteri bahawa RUU dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat minggu lalu bukan hudud, adalah benar dan ikhlas.
Subramaniam menyertai pemimpin MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong serta Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang membuat keputusan untuk meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin MIC, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan bagaimanapun mengelak ketika ditanya sama ada beliau juga akan mengikut jejak langkah sama.
"Saya tidak mahu terburu-buru. Presiden kata apa yang dia mahu kata," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Pada mesyuarat itu, MIC turut meluluskan resolusi supaya pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Astro Awani
Sun May 29 2016
Datuk Seri S. Subramaniam menjadi Presiden ketiga parti komponen Barisan Nasional yang mahu meletakkan jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan. - fotoBERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Hudud: Presiden MIC mahu letak jawatan, akan bawa isu kepada Kabinet
Menurut Subramaniam, pihaknya juga akan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut.