Astro Awani
Wed May 07 2014
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Hudud tidak boleh dilaksanakan di sesebuah negara jika masih ada golongan yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, kata bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah seharusnya tidak mengenal pangkat, sebaliknya keadilan tanpa mengira pangkat dan darjat.
"Dalam satu masyarakat jika masih ada golongan yang tidak boleh dibawa ke mahkamah maka hudud tidak boleh dilaksanakan.
"Jangan ada mahkamah khusus. Biar satu mahkamah adili raja, sultan, rakyat. Jangan curi kayu kena, curi kayu balak tidak kena," katanya ketika menjadi ahli panel wacana Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di Shah Alam.
Katanya, isu pungutan dan pengurusan zakat dan perkara lain perlu diuruskan dahulu sebelum cuba melaksanakan hudud.
"Kita ada lebih RM1 billion wang zakat. Hudud penting tetapi nas (bukti) zakat lagi banyak dari hudud di dalam Al-Quran. Kalau kita kemaskan dulu hal zakat ini tak akan ada alasan orang mencuri
“Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu tak jumpa orang layak terima zakat tapi sekarang isi borang mintak zakat tak dapat-dapat,” katanya.
Dr Asri berkata beliau percaya umat Islam sememangnya menyokong Kelantan untuk melaksanakan hudud namun perkara itu perlu diperhalusi agar tidak menjadi mudarat.
"Sebagai Muslim kita percaya undang-undang ini jika diberi mencapai maksud keadilan membawa kepada kebaikan manusia sejagat.
"Sebagai orang Islam kita perlu dukung hasrat Kelantan. Tetapi kita kena bincang bagaimana ia tidak menjadi mudarat," katanya lagi.
Tokoh agama itu juga berkata, sebelum melaksanakan hudud, dasar yang bersih dari rasuah dan jenayah harus dibina terlebih dahulu demi keselamatan awam.
"Dalam masyarakat antara isu yang besar ialah rasuah mereka yang laksanakan hukuman termasuk polis hendaklah bersih," jelas beliau.
Selain Asri, ahli panel lain dalam wacana tersebut termasuklah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah.
Mohd Amar dalam hujahnya, mempertahankan keputusan kerajaan Kelantan yang mahu melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.
Hujah beliau hukum hudud di yang mahu dilaksanakan negeri tersebut memberi keadilan kerana hanya dikuatkuasa ke atas orang Islam.
Namun, beliau mengakui terdapat beberapa kekurangan dalam enakmen hudud negeri tersebut yang memerlukan penambahbaikan.
"Kita di Kelantan, semenjak kita luluskan pada tahun 1993, kita membuat semakan balik kepada enakmen tersebut
"Memang ada peruntukan-peruntukan yang boleh mengelirukan seperti hasil daripada respons masyarakat," katanya.
Mohd Amar juga menafikan PAS mempunyai agenda tersembunyi apabila menggunakan UMNO untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat.
"Bila Umno nyata pendirian, kita ambil peluang yang ada. Kita tiada agenda tersembunyi," katanya lagi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enggan sentuh botol arak: 'Penghinaan terhadap gadis itu sangat biadab'
Mufti Perlis umat Islam berusaha mengambil gadis yang enggan memegang botol arak dalam satu insiden di kaunter sebuah kedai serbaneka, untuk bekerja di tempat yang halal dan baik.
Mufti Perlis saran lelaki berkemampuan cepat kahwin
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan lelaki yang berkemampuan supaya cepat berkahwin untuk memperoleh zuriat dan secara langsung menambah bilangan penduduk negeri Perlis.
Dr MAZA: Siapa kafir harbi?
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat Malaysia yang bukan Muslim tidak boleh dikatagorikan kafir harbi.
Hudud seharusnya tidak mengenal pangkat - Bekas Mufti Perlis
Dalam satu masyarakat jika masih ada golongan yang tidak boleh dibawa ke mahkamah maka hudud tidak boleh dilaksanakan.