PETALING JAYA: Keadaan hujan dan banjir di beberapa kawasan ketika ini disebabkan negara sedang mengalami tempoh Monsun Barat Daya yang melemah (monsoon break), kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.
Beliau berkata keadaan itu berlaku apabila terdapat perubahan tiupan angin memasuki kawasan negara, sekali gus menggalakkan pembentukan awan aktif dan menyebabkan keadaan cuaca lembap.
"Lazimnya, pada tempoh Monsun Barat Daya keadaan lebih kering dan berjerebu dengan negara mengalami hujan bulanan minimum, biasanya antara 100 dan 150 milimeter serta atmosfera yang stabil di kawasan Khatulistiwa.
"Bagaimanapun, fenomena garis badai (squall line) yang boleh terjadi semasa Monsun Barat Daya menyebabkan cuaca hujan lebat dan angin kencang berserta petir pada awal pagi, terutama di kawasan pantai barat Semenanjung dan barat Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Shelf of Sustenance (SOS) Met Malaysia, iaitu bantuan keperluan asas kepada petugas yang memerlukan di ibu pejabat jabatan berkenaan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Muhammad Helmi berkata keadaan hujan itu semakin berkurangan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Dalam pada itu, beliau berkata negara dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada sebelah petang dan menjelang malam ketika fasa Peralihan Monsun pada Oktober ini, khususnya di negeri-negeri Pantai Barat.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil maklum amaran cuaca di tempat masing-masing kerana lazimnya berlaku keadaan banjir kilat dan insiden pokok tumbang semasa tempoh itu.
Mengenai jangkaan situasi banjir di negeri Pantai Timur semasa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh, beliau berkata MetMalaysia hanya boleh meramalkan keadaan itu dalam tempoh satu hingga dua hari sebelum sebarang fenomena cuaca berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Muhammad Helmi berkata, keadaan itu berlaku apabila terdapat perubahan tiupan angin memasuki kawasan negara. - Gambar/ BERNAMA
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Operasi Unit Perdagangan JPJ KL dipindahkan sementara akibat limpahan air
Pengoperasian Unit Perdagangan (Pintu 4) dipindahkan ke Pintu 5 dan Pintu 2 buat sementara waktu bagi memastikan operasi unit itu tidak terjejas.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Banjir kilat di Gerik, kedai, kenderaan terjejas
Kejadian yang berlaku sekitar pada jam 7.30 malam turut menyebabkan kenderaan terkandas.