Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
MALAYSIA

Hujan berterusan di tiga negeri Pantai Timur hingga hari ini

Astro Awani 07/12/2025 | 01:00 MYT
MetMalaysia akan terus memantau keadaan cuaca semasa dan mengemas kini maklumat terkini melalui saluran rasmi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak, dengan keadaan cuaca dijangka berlarutan sehingga Isnin.

Menurut kenyataan MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri-negeri berikut:

Kawasan Terjejas:

Kelantan
- Tumpat
- Pasir Mas
- Kota Bharu
- Bachok
- Pasir Puteh

Pahang
- Kuantan
- Pekan
- Rompin

Johor (hingga Isnin)
- Segamat
- Kluang
- Mersing
- Kulai
- Kota Tinggi
- Johor Bahru

Sarawak (hingga Isnin)
- Kuching
- Serian
- Samarahan
- Sri Aman
- Betong
- Sarikei (termasuk Pakan, Sarikei dan Meradong)
- Sibu (termasuk Sibu dan Selangau)
- Mukah
- Bintulu


Amaran Laut Bergelora

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam, dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan:

- Johor
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan

Fenomena ini dijangka berterusan sehingga Isnin dan boleh menyebabkan kenaikan paras air laut, sekali gus meningkatkan risiko limpahan air laut di kawasan pesisir pantai.

Orang ramai, khususnya pengusaha bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan air, dinasihatkan agar berwaspada dan menangguhkan sebarang aktiviti di laut sepanjang tempoh amaran ini berkuat kuasa.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan cuaca semasa dan mengemas kini maklumat terkini melalui saluran rasmi.

Orang awam disaran mengikuti perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.








#amaran hujan berterusan #MetMalaysia #laut bergelora #angin kencang