Hujan berterusan dijangka landa tiga negeri bermula Selasa - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan selama tiga hari di tiga negeri bermula hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan selama tiga hari di tiga negeri bermula hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Di Sarawak keadaan cuaca yang sama dijangka membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah; manakala Johor (Mersing dan Kota Tinggi), dan Sabah (Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat), bermula pada Khamis ini hingga 22 Dis.
-- BERNAMA


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

