Skip to main content

Malaysia

Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin

61700131674_generichujanhuja.jpg
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan selama empat hari dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula Isnin depan (16 Dis).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.

Selain itu, Pahang yang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin akan mengalami hujan berterusan untuk tempoh sama.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video