NATIONAL

Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin

Bernama 13/12/2024 | 07:44 MYT
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan selama empat hari dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula Isnin depan (16 Dis).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.

Selain itu, Pahang yang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin akan mengalami hujan berterusan untuk tempoh sama.

-- BERNAMA

#MetMalaysia #Kelantan #terengganu #hujan berterusan #banjir