Hujan berterusan tahap waspada di 10 kawasan di Sarawak mulai Selasa

Bernama
Januari 8, 2022 06:33 MYT
Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari. - Gambar hiasan/Pixabay
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Jan (Selasa) hingga 13 Jan ini.
MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter pada 12 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).
Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari.
-- BERNAMA
#met malaysia #cuaca #hujan #Sarawak