Hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri mulai esok

Bernama
Oktober 3, 2023 07:54 MYT
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri hingga 4 petang ini. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka mulai esok hingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri hingga 4 petang ini.
Menurut MetMalaysia negeri itu ialah Kedah (Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); Pahang (Bentong dan Rompin); dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh);

AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA) #amaranhujanberterusan#metmalaysia pic.twitter.com/QHuVDVtAMc

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ribut petir juga dijangka di Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin); Johor (Tangkak, Mersing dan Kota Tinggi); dan Sabah (Kinabatangan dan Sandakan).
-- BERNAMA
#MetMalaysia #amaran hujan berterusan tahap waspada #Kedah #Perlis