Skip to main content

Malaysia

Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri bermula Isnin - MetMalaysia

61732359849_hujanlebat.jpg
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini.


Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perak.
  • Daerah terlibat di Pahang termasuk Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, dan Rompin.
  • Keadaan cuaca yang sama mungkin berlaku di Sarawak dari Khamis hingga 22 Disember.


MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama mungkin terjadi di Sarawak yang membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah bermula pada Khamis ini hingga 22 Dis.

-- BERNAMA


Advertisement

Must Watch Video