awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan hanya tambah satu peratus air dalam empangan Melaka - Idris

Bernama
Bernama
18/03/2014
23:27 MYT
Hujan hanya tambah satu peratus air dalam empangan Melaka - Idris
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron - Gambar Fail
Hujan sejak tiga hari lepas hanya menambah satu peratus daripada jumlah takungan air di seluruh Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Justeru itu, katanya pengepaman air daripada Sungai Gerisik di Muar, Johor ke empangan negeri ini akan diteruskan bagi menampung keperluan para penduduk.
"Bila sampai satu tahap berlakunya limpahan air kolam takungan, proses pengepaman akan dihentikan. Saya harap hujan akan berterusan selama sebulan bagi menambah air kolam takungan.
"Sekiranya hujan berterusan, catuan air yang kita rancang pada 29 Mac ini tidak akan dilakukan," kata Idris kepada pemberita selepas melawat Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Melaka di Melaka, Selasa.
Melaka mempunyai tiga empangan yang mampu menampung isipadu maksimum iaitu kira-kira 75 bilion liter air.
Empangan Durian Tunggal kini mempunyai paras air sebanyak 54.8 peratus, Empangan Jus (57 peratus) dan Empangan Asahan (61.3 peratus).
Sementara itu, Idris berkata IKSEP perlu aktif melaksanakan peranan dan tanggungjawab secara berwibawa bagi membantu mengekalkan kemakmuran negara.
"IKSEP tidak boleh bertolak ansur dengan data atau maklumat yang longgar kerana mereka mesti menjadi model kepada keterperincian fakta dan angka sejarah," katanya.
Selain itu, IKSEP boleh berperanan sebagai pemantau kepada gerakan-gerakan yang tidak sah seperti yang ingin menuntut takhta Kesultanan Melaka.
Topic Berkaitan
#air
#cuaca panas
#heatwave
#idris haron
#krisis air
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan