awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat akibatkan banjir kilat, pokok tumbang

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2022
22:10 MYT
Hujan lebat akibatkan banjir kilat, pokok tumbang
Anggota bomba sedang mengalihkan dahan pokok yang menghempap sebuah kereta dalam kejadian di Sungai Jerlok, Kajang di sini pada petang Isnin. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Hujan lebat serta angin kuat di beberapa kawasan di negeri ini mengakibatkan sebuah rumah dinaiki air dan sebuah kereta rosak dihempap pokok dalam kejadian pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kejadian banjir kilat melibatkan sebuah rumah di Taman Tasik Tambahan, Pandan.
"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.10 petang melibatkan sebuah rumah susulan hujan lebat dan saliran longkang tersumbat sekali gus mengakibatkan banjir kilat.
"Banjir kilat dengan kedalaman 0.15 meter telah memasuki bahagian dapur rumah itu, bagaimanapun tiada proses perpindahan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, sebuah kereta jenis Proton Iriz dihempap pokok dalam kejadian di Sungai Jerlok, Kajang di sini pada petang Isnin.
Hafisham berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.35 petang berkaitan kejadian.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 3.39 petang.
"Kejadian melibatkan dahan pokok dengan ketinggian 3 meter menghempap kereta yang diletakkan di tepi jalan," katanya kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#dihempap pokok
#Taman Tasik Tambahan
#Sungai Jerlok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan