awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, angin kencang sehingga esok di Pahang, Johor

Bernama
Bernama
01/01/2018
11:16 MYT
Hujan lebat, angin kencang sehingga esok di Pahang, Johor
Amaran cuaca waspada berikutan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku dalam tempoh sama di Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka. - Gambar fail
Hujan sangat lebat berserta angin kencang dijangka berterusan sehingga esok di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata amaran cuaca bahaya itu melibatkan daerah Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat dan Mersing di Johor.
Sementara itu, amaran cuaca buruk dikeluarkan bagi Kuantan, Maran dan Bera di Pahang serta di Kluang, Johor berikutan hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka berterusan sehingga esok.
Menurut jabatan itu, amaran cuaca waspada berikutan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku dalam tempoh sama di Terengganu, melibatkan daerah Kemaman dan Dungun; Pahang (daerah Jerantut, Temerloh dan Bentong); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi); Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah dan Rembau) serta Melaka.
Dalam pada itu, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Sabah iaitu di Bahagian Kudat, Sandakan (Daerah Beluran) dan Pantai Barat (Daerah Kota Belud dan Ranau) bermula esok hingga Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angin
#hujan
#Jabatan Meteorologi
#Johor
#Pahang
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan