MALAYSIA
Hujan lebat berterusan punca tanah runtuh di Cameron Highlands - JPBD
Kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands pada Jumaat lepas, dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak petang. - Gambar Bernama
KUANTAN: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands pada Jumaat lepas, dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak petang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands (JPBD) memaklumkan, sebanyak 24 unit rumah melibatkan 91 orang mangsa dari Blok C Perumahan Puncak Arabella telah diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Puncak Arabella.
Lapan Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 40 penduduk terjejas berada di PPS, manakala 16 KIR membabitkan 51 mangsa, berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran," menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa berkenaan memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.45 malam itu.
JPBD juga memaklumkan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah menjalankan langkah pencegahan sementara sebelum kerja-kerja pembersihan berskala besar dimulakan.
"Proses perpindahan penduduk juga akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa melibatkan penduduk di Blok B yang bersebelahan Blok C sekiranya keputusan penilaian cerun telah diperoleh dan perpindahan perlu dilakukan bagi keselamatan penduduk sebagai langkah awal," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, Majlis Daerah Cameron Highlands dan syarikat konsesi telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah pada hari kejadian dan laluan masuk ke perumahan tersebut telah dibuka semula kepada semua jenis kenderaan pada awal pagi 29 Nov.
Orang ramai terutamanya pengguna media sosial, dinasihatkan agar tidak menularkan sebarang maklumat, gambar atau video yang belum disahkan kesahihannya berkaitan situasi ini kerana ia boleh menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.
-- BERNAMA