awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
Polis tahan tiga individu, rampas senjata api, amunisi tanpa lesen
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat di Sabah, Sarawak hingga Ahad

Bernama
Bernama
15/01/2021
08:55 MYT
Hujan lebat di Sabah, Sarawak hingga Ahad
Sepanjang tempoh itu juga kawasan pantai Sarawak dan Sabah dijangka dilanda angin kencang.
KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga Ahad.
Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak serta Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di Sabah dijangka menerima hujan lebat hari ini.
Keadaan itu dijangka berterusan hingga Ahad di kawasan Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak serta pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat di Sabah serta Labuan.
Sementara itu, menurut kenyataan yang dikemas kini pada 11.30 pagi, sepanjang tempoh itu juga kawasan pantai Sarawak dan Sabah dijangka dilanda angin kencang.
"Angin kencang timur laut berkelajuan hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh itu.
"Angin kencang timur laut berkelajuan hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter juga boleh berlaku di perairan Sabah Timur," demikian menurut kenyataan tersebut.
Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#cuaca buruk
#Sabah
#Sarawak
#amaran cuaca waspada
#ombak besar
#angin kencang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan