KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.
Menurut kenyataan jabatan itu pada 10.50 pagi tadi, hujan lebat turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, sementara di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri Sarawak dan Sabah.
"Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejak (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh tersebut," katanya.
Keadaan sama turut diramal berlaku di perairan Sabah Timur dan boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri Sarawak dan Sabah. - Gambar hiasan
![[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin [INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893558/8967789641614789796507_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 03 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perodua Ativa | Teknologi terkini dengan harga lebih berpatutan
Selepas sekian lama berteka-teki, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Perodua Ativa pada 3 Mac 2021.

Dadah | Sindiket dadah guna kurier tumpas
Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu sekaligus satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang ditumpaskan. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan sehingga RM10,000 untuk setiap 'trip'.

Struktur Runtuh | Dua maut, tiga mangsa terselamat
Dua wanita maut, sementara tiga individu lain termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan mereka naiki dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, turut memaklumkan kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan berjaya dikeluarkan.

Runtuhan Binaan SUKE | Tunggu laporan pihak berkuasa - Fadillah
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan laporan awal mendapati insiden struktur pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh pada petang Rabu disebabkan ia dilanggar sebuah treler. Beliau yang berada di Program Bicara Naratif Terbitan RTM turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa.

Kemalangan| Mangsa berkongsi detik cemas melalui telefon
Terdahulu, salah seorang mangsa runtuhan struktur binaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang sempat dihubungi suaminya ketika masih dalam keadaan terperangkap di bawah sisa runtuhan. Mangsa, Zakiah Yaakop, 51 tahun yang sempat dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kemalangan | Lori tiada kaitan dengan SUKE - Prolintas
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi Projek Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan lori yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang rabu terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Ia juga mendakwa lori jenis treler itu membawa lebih muatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Dana 1MDB | Siasatan terhadap Tawfiq Ayman masih berjalan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan penerimaan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada hasil daripada aktiviti haram 2001.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

Banjir Jakarta: Banyak harta benda musnah, lebih 1,000 orang dipindahkan
Bencana banjir itu hadir ketika Indonesia masih bergelut dengan kes jangkitan dan kematian yang tinggi akibat COVID-19, selain cabaran ekonomi.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Sarawak sehingga esok
Angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 sehingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka berlaku.

Banjir Jakarta jejas bekalan kuasa, lebih 1,000 orang dipindahkan
Lebih daripada 1,000 orang di timur dan selatan Jakarta dipindahkan selepas hujan lebat berlanjutan semalaman.

RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
Astro AWANI mendedahkan status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan PULAPOL Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.

Tiga pusat pemindahan banjir dibuka di Sarawak
Setakat jam 12 tengah malam Ahad, seramai 119 mangsa daripada 28 keluarga telah dipindahkan apabila kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Amaran cuaca waspada, hujan lebat di beberapa daerah di Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka melibatkan beberapa daerah di Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga Sabtu (30 Jan).

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Hujan lebat diramal di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, Labuan
Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri Sarawak dan Sabah.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, Johor pulih sepenuhnya
Sabah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, sementara Pahang dan Sarawak semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan.