awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat dua jam, Baling dilanda banjir kilat lagi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/09/2022
12:00 MYT
Hujan lebat dua jam, Baling dilanda banjir kilat lagi
Air Sungai Ketil naik dengan pantas sehingga berlaku limpahan dan memasuki kediaman penduduk yang tinggal berhampiran sungai. - Foto Astro AWANI
BALING: Baling sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan lebat tanpa henti lebih dua jam melanda daerah itu pada petang Selasa.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan yang mula turun pada jam 2 petang itu telah menyebabkan kawasan di Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu dalam Mukim Baling dilanda banjir kilat.
Katanya, air Sungai Ketil naik dengan pantas sehingga berlaku limpahan dan memasuki kediaman penduduk yang tinggal berhampiran sungai.
“Anggota yang dalam keadaan bersiap siaga melakukan pemantauan bermula jam 5 petang mendapati air di dua kawasan itu melimpah sehingga memasuki rumah penduduk.
“Namun tiada pemindahan dilakukan dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka sehingga jam 7 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan tanpa henti lebih dua jam melanda daerah itu pada petang Selasa. - Foto Astro AWANI
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan tanpa henti lebih dua jam melanda daerah itu pada petang Selasa. - Foto Astro AWANI
Mohd Faizol berkata, hujan telahpun berhenti ketika ini dan pihaknya masih melakukan bancian jumlah mangsa dan keluarga yang terjejas akibat kejadian itu.
Sementara itu, beliau menasihati penduduk sekiranya hujan lebat turun pada malam ini mereka dikehendaki segera berpindah.
Hujan mula turun pada jam 2 petang telah menyebabkan kawasan di Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu dalam Mukim Baling dilanda banjir kilat. - Foto Astro AWANI
Hujan mula turun pada jam 2 petang telah menyebabkan kawasan di Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu dalam Mukim Baling dilanda banjir kilat. - Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#banjir baling
#banjir kilat
#bomba kedah
#hujan lebat
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan