SIK: Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Sik dan Pendang dilanda banjir kilat, hari ini.
Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, hujan lebat bermula jam 4 petang tadi menyebabkan air naik dan memasuki kediaman penduduk.
“APM menerima laporan air mula memasuki rumah penduduk jam 7 petang di daerah Sik.
“Antara kampung yang dinaiki air adalah Kampung Lentang dan Kampung Surau di Mukim Sok serta Kampung Telaga Batu di Mukim Sik.
"Selain itu, dua kampung di daerah Pendang turut dinaiki air iaitu Kampung Tong Prok dan Kampung Cina di Mukim Padang Kerbau," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Muhammad Suhaimi berkata, anggota APM Sik telah dihantar ke Kampung Lentang bagi memindahkan mangsa ke rumah saudara dan jiran yang tidak dilanda banjir.
Manakala di Pendang penduduk yang terjejas berlindung di rumah keluarga terdekat.
Katanya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah terbabit.
Sementara itu Muhammad Suhaimi berkata, sehingga jam 8 malam tiga sungai di daerah Sik iaitu di Sungai Muda (Titi Nami), Sungai Chepir (Batu 5) dan Sungai Chepir (Kampung Ulu Jerai) berada di tahap normal.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Nov 03 2022
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Sik dan Pendang dilanda banjir kilat. - Foto ihsan APM
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Banjir: Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air
Di Gua Musang, seramai 1,650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam akibat limpahan Sungai Chalil
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Kerajaan Kelantan pastikan baik pulih jalan di Gua Musang dipercepat
Kerajaan Kelantan akan memastikan kerja-kerja baik pulih melibatkan kerosakan jalan raya di Gua Musang dilaksanakan secepat mungkin.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di tujuh negeri hingga Rabu
MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.